Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Lima belas ahli keluarga mangsa kemalangan bas di Chiang Mai akan ke Thailand tengahari ini.
Menurut Chiu Travel, mereka akan berlepas ke Bangkok dari KLIA pada jam 1 tengahari ini, lapor Bernama.
Semalam, 13 rakyat Malaysia disahkan maut manakala sembilan lagi cedera termasuk empat parah dalam satu kemalangan bas di Chiang Mai, utara Thailand.
Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussin memberitahu Bernama semalam, dalam kejadian 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktuMalaysia) itu, 22 rakyat Malaysia berada di dalam bas berkenaan selain beberapa penumpang lain yang belum dikenal pasti kewarganegaraan mereka.
Laporan agensi media antarabangsa, Xinhua melaporkan bas itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap, ketika dalam perjalanan dariwilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai.
No comments:
Post a Comment