Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Akhirnya setelah berdiam diri apabila ura-ura dirinya sudah berkahwin dan merupakan isteri kedua kepada seorang VIP bertebaran minggu lalu, Adira tampil ke hadapan untuk mengesahkan perkara tersebut. Adira membuat pengakuan bahawa dirinya memang sudah berkahwin dan merupakan isteri kepada kepada Datuk Seri Adnan Abu. Selaku isteri kedua, banyak hati yang perlu dijaga oleh Adira sebelum memaklumkan perkara tersebut.Kata Adira:-
Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak.
Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu
Tahniah diucapkan kepada Adira atas perkahwinan ini. Tak ada salahnya menjadi isteri kedua asalkan semua pihak bersetuju dan si suami mampu berlaku adil. Yang penting silaturahim dijaga dan selaku isteri kedua, kena banyak bertolak ansur. Semoga perkahwinan ini berkekalan selamanya buat Adira. Tahniah sekali lagi. Sumber Harian Metro.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment