Recent Post

Monday, December 21, 2015

Sinopsis Filem LANGIT CINTA Lakonan Nur Fazura


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Langit Cinta mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang gadis desa bernama Khadejah dalam penantian cinta sejati. Dia telah bertemu dengan Aliff, pemuda yang berasal dari sebuah keluarga berada dan sanggup melepaskan segala-galanya demi cintanya.

Namun, cinta suci mereka telah ditentang oleh keluarga Aliff lalu memisahkan ikatan mereka sebagai suami isteri. Khadeja terpaksa berjiwa kental untuk berdepan dengan pelbagai dugaan hidup meskipun Aliff tiada disisi. Di saat Khadeja hampir putus harapan pada cinta Aliff, Budiman menawarkan dirinya bagi merawat luka di hati Khadeja.

Untitled

Sinopsis Filem LANGIT CINTA

Langit yang cerah tidak menjanjikan kebahagiaan, hanya sekadar harapan. Begitu juga dengan hari-hari yang dilalui oleh Khadeja, gadis kampung yang menetap bersama ibunya di Pulau Perindu.

Kehidupan Khadeja berubah apabila, Aliff ,anak kepada Datuk Affendi seorang usahawan yang ingin membuat pelaburan di Pulau Perindu, jatuh cinta pandang pertama pada Khadeja. Keikhlasan dan kesungguhan Aliff untuk mendapatkan Khadeja berjaya melembutkan jiwa kental gadus itu hingga cinta mereka berputik dengan segar. Mereka tetap hidup bahagia biarpun menerima tentangan hebat daripada keluarga Aliff.

"Selagi abang bernafas, abang nak Jah tahu… dalam setiap nafas abang cuma ada cinta untuk Jah seorang," kata-kata luhur seorang suami yang dicintainya membuat Khadeja semakin bahagia.

Namun, langit cinta mereka tidak selalunya cerah. Kegembiraan Khadeja diduga apabila Aliff tidak pulang selepas menziarahi bapanya yang dikhabarkan sakit di Kuala Lumpur. Penantian Khadeja hanyalah sia-sia apabila Aliff tidak juga muncul mahupun mengutuskan khabar berita. Budiman, sahabatnya sejak kecil sentiasa di sisi memberi semangat dan pertolongan setiap kali diperlukan wanita yang dicintai dalam diam itu.

Walaupun Khadeja bukan lagi gadis seperti dahulu, cinta Budiman tidak pernah berubah. Ketulusan Budiman yang sentiasa memberi sokongan membuatkan Khadeja tersepit.

Bahagiakah dia dengan menerima lamaran Budiman? Adilkah dia melupakan cinta bersama Aliff yang sudah setahun meninggalkannya tanpa sebarang berita? Di antara cinta sejati dan cinta suci, yang manakah bakal membawanya ke alam bahagia?

MempersembahkanSebuah ProduksiNuansa Sdn Bhd

Tajuk : Langit CintaGenre Filem : Romantik DramaPengarah : Osman AliPenerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.Nuansa Sdn. Bhd.Produksi : Nuasa Sdn. Bhd.Bahasa : Bahasa MelayuTarikh Tayangan : 7 Januari 2015Format : High DefinitionDurasi : 120minitKlasifikasi : P13

BARISAN PELAKONNur Fazura sbg KhadejaKeith Foo sbg Aliff AffendiFarid Kamil sbg BudimanSiti Saleha sbg SuzannaNadzmi Adhwa sbg Leroy AffendiFauziah Ahmad Daud sbg Mak PiahZaidi Omar sbg Pak TamDato Jalaluddin Hassan sbg Datuk AffendiDian P Ramlee sbg Datin SorayaNormah Damanhuri sbg HasnahAmmar Alfian Aziz sbg JaliAida Khalida sbg Puan Sri Salina

TUNGGAK UTAMADipersembahkan oleh : Astro Shaw Sdn. Bhd.Penerbit Eksekutif : Najwa Abu BakarPenerbit : Gayatri Su-Lin Pillai, Imillya Irwani Roslan, Julian JayaseelaPenerbit Penyelaras : Yusneezam YusopPengarah : Osman AliSkrip : Osman AliLakon Layar : Osman AliPengurus Produksi : Adli Bakri Shaary (Buck)Pengarah Fotografi : Mohammad Naim Shamshol NaharSinematografi : Mohammad Naim Shamshol NaharPenyunting Filem : Farra Aizurin ZulkarnainPenolong Pengarah : Shuhaimi ZulkefliPenata Busana : Atie YusoffPenata Tatarias : Atie YusoffPenata Muzik : Nurzaidi Abd RahmanPenaja Utama : Jamu Mak Dara

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *