Recent Post

Tuesday, December 01, 2015

Dato' Siti Nurhaliza Alami Keguguran


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza mengumumkan yang dia mengalami keguguran selepas dua bulan hamil.

Berita sedih ini disampaikan sendiri oleh Siti menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @ctdk.

Berikut merupakan kapsyen yang ditulis oleh Siti:

"Bismillahirahmannirohhim... Tanggal 1hb Dec... Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang.. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..

"Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct.. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..

"Nak mengiyakan pun takut , kerana Anugerah ini terlalu baru dan 'FRAGILE' untuk di hebahkan. Hanya memohon masa yang sesuai.. Ternyata, Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika.. sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran ..

"Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya.. Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..

"Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT.. Selepas habis proses berpantang ni, Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa.. kena masuk Gym balik dan beberapa acara di Jakarta (plan asal shooting di KL sbb pregnant).

"Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya... teruskan doa yang baik2 ye.. mana tahu dalam berjuta ,ada yang makbul doanya.. Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan..

"Sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah... Wassalam," tulis Siti di la man Instagram miliknya.

Portal Murai mendoakan agar Siti bertabah melalui ujian yang diberikan ini. Disebalik ujian, pasti besar hikmahnya. Insya-Allah, akan ada rezeki yang terbaik menanti Siti satu hari nanti.

Artikel oleh: Kamaruddin Razal.

Artikel ini disiarkan pada Selasa, 1 Disember 2015.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *