Recent Post

Monday, January 25, 2016

Akim Syukur & Berbaloi Sebab Menang #AJL30


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Juara #AJL30 Akim & Magistrate akui rasa sangat berbaloi dan bersyukur kerana lagu ciptaanya Potret berjaya menjulang piala kemenangan antara memori yang sukar dilupakan.

Ia juga menganggap ini rezeki buat semua ahli kumpulannya walaupun ramai yang mengusik kemenangannya ini adalah rezeki untuk dia berkahwin.

"Alhamdulilah, ini semua berkat saya dan rakan-rakan yang tidak kenal erti putus asa. Lagipun saingan memang sengit dan tak menjangka pun lagu Potret ini akan menang.

"Terima kasih kepada pihak juri yang sebulat suara memilih lagu ini untuk menjadi Juara. Saya akan terus berkarya untuk menghasilkan lagu yang sedap dan berkualiti di masa akan datang, Inshaa Allah," kata Akim kepada portal Murai.com.my

Akim turut ditanya apa yang akan dia buat dengan wang kemenangan yang berjaya yang diraih itu.

Dengan tergelak besar dia menjawab, Akim mahu belanjakan untuk pakej bulan madunya di masa akan datang.

"Itulah, saya rasa buat belanja pakej 'honeymoon' kot. Tak pun saya akan gunakannya sebaik yang mungkin untuk perkara-perkara lain.

"Apa- apa pun sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada semua terutama kepada peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan.

"Kemenangan kami ini adalah kemenangan anda semua yang berada di luar sana, terima kasih banyak-banyak," akhiri Akim.  

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Isnin, 25 Jan 2016

 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *