Recent Post

Monday, January 25, 2016

Banduan Larikan Diri Ketika Kelas Agama


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

MARANG, 24 Jan - Seorang banduan dilaporkan meloloskan diri dari Penjara Marang dengan memanjat pagar Zon 3 penjara kira-kira 10.20 pagi hari ini.

Banduan terbabit, Mohd Nazri Mat Nasir, 23, yang sedang menjalani hukuman kerana mencuri dalam bangunan dipercayai memanjat pagar tersebut selepas meminta kebenaran untuk ke tandas ketika mengikuti kelas agama di penjara terbabit.

Usaha mencari banduan terbabit kini sedang giat dijalankan di sekitar kawasan Penjara Marang.

Laporan polis mengenai banduan yang berkulit gelap dengan ketinggian 5 kaki 4 inci itu telah dibuat di Balai Polis Marang tengahhari tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali mengesahkan laporan tersebut namun menegaskan hanya seorang banduan sahaja yang melarikan diri dan bukannya dua seperti yang didakwa oleh viral di media sosial.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang banduan terbabit boleh menghubungi balai polis berdekatan. - Siakapkeli.my




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *