Recent Post

Monday, January 25, 2016

Malaysia ada pendirian jelas perangi anasir keganasan - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Malaysia ada pendirian jelas perangi anasir keganasan

25/01/2016 1:02pm

Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi bersama wakil deligasi antarabangsa yang hadir pada Persidangan Kebangsaan mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ancaman Keganasan 2016 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan Malaysia nekad dan mempunyai pendirian yang jelas untuk memerangi sebarang anasir keganasan yang mengancam keamanan negara.

Katanya, keselamatan rakyat akan terus dijamin dengan undang-undang mampan yang telah dibentuk untuk mengekang kegiatan militan.

"Saya tidak akan benarkan sebarang anasir keganasan menyusupu masuk ke dalam negara ini dan kita mempunyai undang-undang dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk melindungi keselamatan rakyat.

"Mereka yang mempunyai niat jahat untuk mengebom, menyeksa dan memancung dijamin tidak akan mempunyai ruang serta peluang untuk menindas rakyat yang sememangnya menentang keganasan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016 (IDC 2016) di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Seminar yang berlangsung selama dua hari itu turut dihadiri semua menteri ASEAN dan sembilan menteri negara rakan strategik iaitu Amerika Syarikat, Perancis, Australia, United Kingdom, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, China dan Itali. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *