Recent Post

Friday, January 08, 2016

'Anak-Anak Saya Sudah Lama Ikut Haluan Masing-Masing,'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dulu saya pernah mendengar kisah orang tua ini daripada seorang pengguna Facebook. Kisahnya orang itu telah terserempak dengannya dan menceritakan cerita sedih daripada orang tua ini.  Siapakah orang tua ini? Hari ini, saya berada di Hentian Larkin, Johor Bahru. Sewaktu berada di dalam tandas, secara tiba-tiba aku teringat akan kisah orang tua ini. Apabila keluar saja dari tandas, saya terkejut sangat kerana ternampak orang tua yang bermain di fikiran saya dan orang tua itu adalah seorang seniman lagenda Malaysia, iaitu Mat Sentul.  "Assalamualaikum pakcik, saya peminat pakcik," sapa saya padanya. "Mari kita berbual di bawah situ kerana di sini panas," kata Pakcik Mat tersenyum gembira.  Saya pun mengajaknya untuk masuk ke dalam sebuah restoran berhampiran. Ramai yang menegur Pakcik Mat Sentul ini. Niat saya nak belanja Pakcik Mat tidak kesampaian kerana ada seorang lelaki berumur telah menegur Pakcik Mat.  "Eh? Ini Pakcik Mat Sentul ke?" tanyanya. Sekali lagi Pakcik Mat tersenyum. "Pakcik terlalu berjasa dengan orang ramai," kata lelaki itu terus mengeluarkan duit beberapa ratus ringgit untuk diberikan kepadanya. Ya Allah, jelas kelihatan gembiranya dia.  Lelaki tu rupanya berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan pesara Profesor Emirates Dr Azman. Hah! Harap betul aku type pangkat Dr itu.  Kami bertanya pada Pakcik Mat mengenai anak-anaknya. Namun dia berkata, "Kalau kita ada duit, kocek penuh duit, kita mesti ramai anak," katanya perlahan.  Kita pasti memahami apa yang dicuba dimaksudkan oleh Pakcik Mat. "Anak-anak saya sudah lama mengikut haluan masing-masing," katanya lagi.   Pakcik Mat kini menetal di Masjid Larkin. Beliau suka berjalan ke mana-mana sahaja. Ramai yang suka menegur sapa padanya.  "Pakcik Mat tak rindu ke nak berlakon lagi?" soal saya.  "Saya dah bosan berlakon. 50 tahun saya berlakon, awak belum lahir lagi saya sudah berlakon dan saya sudah penat berlakon. Orang upah saya untuk berlakon pun saya tolak," jawabnya. Sedih sungguh cerita yang dikongsi daripada seorang seniman lagenda kita ini. Moga Pakcik Mat Sentul dipanjangkan umur dan sentiasa murah rezeki. Amin. - Awang Faizal Awang Yahya | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *