Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pemenang tempat ketiga musim pertama Gegar Vaganza Mamat Exist tidak turut serta dalam persembahan Mega Gegar Vaganza yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 15 hingga 17 Januari ini.
Perkara ini disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad yang mengatakan Mamat tidak membuat persembahan pada malam kemuncak itu nanti atas sebab-sebab tertentu.
"Mamat memang tiada, tetapi bekas-bekas perserta dari GV1 dan GV2 akan memeriahkan Mega Gegar Vaganza ini nanti.
"Barisan nama-nama penyanyi yang akan membuat persembahan akan diumumkan dalam masa terdekat menerusi platform digital Astro Gempak.
"Antaranya ialah Siti Nordiana, Ayai Ilusi, Haleeda, Faradhiya, Nizam Laksaman, Sharifah Zarina dan ramai lagi.
"Jadi kepada peminat setia program ini, cepat-cepat membeli tiket menerusi laman web www.ticketcharge.com.my dengan harga bermula pada RM89 hingga RM899," kata Raqim dalam sesi sidang media Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya.
Dalam pada itu, Raqim turut memberitahu seramai 13 orang penyanyi akan membuat persembahan pada setiap malam dan hampir 60 buah lagu turut dinyanyikan untuk ketiga-tiga konsert itu nanti.
"Susunan barisan penyanyi telah pun dibuat, anda penyanyi yang akan menyanyi pada malam pertama, tetapi tidak menyanyi pada malam seterusnya.
"Jadi saya minta kepada semua pembeli, saya yakin Mega Gegar Vaganza menjanjikan konsert yang hebat dan lain daripada yang lain.
"Belilah tiket seawalnya yang boleh kerana tempat duduk adalah terhad. Nabil dan Jihan akan terus mengemudi tanggungjawabnya sebagai hos untuk ketiga-tiga konsert ini," ujar Raqim
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Jumaat, 8 Jan 2015
No comments:
Post a Comment