Recent Post

Friday, January 08, 2016

Harga Tiket KONSERT MEGA GEGAR VAGANZA Berpatutan?


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Istana Budaya bakal menyaksikan reunion penyatuan kembali bintang Gegar Vaganza musim 1 dan 2 menerusi KONSERT MEGA GEGAR VAGANZA yang akan diadakan selama tiga malam berturut-turut mulai 15 hingga 17 Januari ini.

Itulah dia, Budiey dapat rasakan fenomena dan kejayaan Gegar Vaganza sehingga ke saat ini. Ramai yang menantikan gabungan bekas peserta ini bergabung dan kerana fenomena itulah menyebabkan konsert julung kali ini diadakan bagi memenuhi hasrat peminat.

Pada petang tadi, telah berlangsung sidang media KONSERT MEGA GEGAR VAGANZA di Istana Budaya dan dihadiri oleh beberapa bintang terkenal, penaja dan penganjur untuk menjawab soalan dari media. Serentak dengan itu juga, harga tiket sudah pun diumumkan dan diletakkan juga di www.ticketcharge.com.my untuk pembelian.

Turut hadir di sidang media itu, pengasas produk Qu Puteh iaitu Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida yang menjadi penaja utama konsert ini.

Untitled

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, konsert berkenaan bakal disertai peserta dari musim pertama dan kedua yang bertujuan memberi ruang peminat mendekati mereka dengan lebih dekat. Konsert yang berdurasi dua jam 30 minit itu akan menampilkan 13 penyanyi yang mendendangkan kira-kira 20 buah lagu setiap malam.

"Saya percaya ramai yang tidak berkesempatan menyaksikan Gegar Vaganza tidak kira pada musim pertama atau kedua. Jadi ini adalah peluang buat para peminat menyaksikan persembahan idola mereka dengan lebih dekat.

"Konsert ini juga sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Astro kepada penonton yang tanpa jemu memberi sokongan padu terhadap program Gegar Vaganza sehingga berjaya mencatat jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah penyiaran Astro."

"Malah sepanjang tiga hari persembahan, para artis akan tampil dengan persembahan yang berlainan."

Persembahan pada ketiga-tiga malam itu akan diiringi oleh 63 pemuzik profesional dan penyanyi latar di bawah iringan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) pimpinan Konduktor Mohd Yazid Zakaria.

Antara artis yang akan terlibat dalam konsert itu termasuklah Siti Nordiana, Ayai (Ilusi), Farahdhiya, Ezad Lazim, Nassier Wahab, Rahmat (Mega), Haleeda, Achong, Haiza, Amir (Ukays) dan Sheeda.

Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Mohamed Juhari Shaarani pula berkata pihaknya mengundang produksi Gegar Vaganza ke pentas Istana Budaya kerana tertarik dengan konsep program berkenaan yang mengangkat penyanyi-penyanyi lama.

"Istana Budaya sentiasa memberi peluang dan mengalu-alukan konsert seumpama ini yang diyakini mampu memberi impak yang besar kepada Istana Budaya."

Konsert selama dua jam setengah itu menampilkan seramai 13 penyanyi pada setiap malam dengan jumlah keseluruhan melibatkan lebih 20 buah lagu.

Tiket menyaksikannya dijual pada harga RM89, RM189, RM239, RM349, RM399 dan RM899.

Ia boleh dibeli menerusi www.ticketcharge.com.my yang dijual sejak Khamis.

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *