Recent Post

Friday, January 08, 2016

DIFITNAH MENINGGAL DUNIA - KELUARGA DATUK M DAUD KILAU SEDIH, TERKEJUT


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Macam-macam cara untuk mendapat pembaca yang ramai di laman sosial hingga ada pihak yang sanggup menyebarkan berita palsu terhadap Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau dengan memfitnah bahawa beliau sudah meninggal dunia.

Bagaimanapun, Daud Kilau,77, yang kini sedang menerima rawatan komplikasi membuang air kecil di Hospital Teluk Intan (HTI) tidak melenting, malah menerimanya dengan hati terbuka.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan berharap panjang umur...Saya lebih sihat berbanding ketika mula-mula masuk wad.

"Berita fitnah ini memberi saya lebih keyakinan untuk sembuh cepat dan jumpa peminat dalam masa terdekat ini. Saya maafkan pihak yang menyebarkan cerita palsu ini," ujarnya ketika ditemui media di Wad 2A, HTI semalam.

Petikan salah satu laman sosial tersebut yang adakalanya memancing pembaca dengan beri ta palsu untuk menjual barangan atau mendapat klik banyak melalui iklan talian

"Saya mahu pihak yang tidak bertanggungjawab itu memadamkan berita itu sebaliknya menyiarkan cerita yang sebenarnya," tambahnya.

"Sejak tersebarnya berita ini, ibu saya dan juga seluruh ahli keluarga sedih dan terkejut kerana sekarang ini ayah sedang beransur pulih. Namun, ada pula pihak yang cuba mereka sesuatu yang tidak bertanggungjawab," kata anak Daud Kilau, Ahmad Zaini pula.

Dia menyelar tindakan pihak tertentu yang menyebarkan berita palsu itu sehingga menjadi viral dan berharap orang ramai termasuk peminat dan juga sanak saudara mendoakan kesihatan bapanya.

Sumber: BH

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *