Recent Post

Tuesday, January 19, 2016

BIKIN PANAS! Kumpulan One Direction Bakal Berpecah?


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

4 Shares

Share

Share

Share

Email

Sebelum ini, seorang ahli One Direction, Zayn Malik telah meninggalkan kumpulan tersebut gara-gara beliau tidak diberi peluang untuk menjadi seorang yang kreatif dalam penghasilan muzik kumpulan. – Inilah Punca Sebenar Zayn Malik Meninggalkan One Direction

Namun, baru-baru ini kecoh apabila dikatakan kumpulan One Direction bakal berpecah tidak lama lagi. Kumpulan tersebut mempunyai empat orang ahli sahaja iaitu Liam Payne, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Niall Horan. Isu ini timbul selepas mereka mengeluarkan album yang kelima iaitu Made in the A.M pada November yang lalu.

Bagaimanapun, Liam Payne memberi jaminan bahawa kumpulan One Direction tidak akan berpecah malah berkemungkinan Zayn Malik bakal menyertai kumpulan mereka kembali.

"Tidak, kami tidak akan berpisah dan baru saja dicalonkan dalam dua kategori bagi anugerah The Brit Awards 2016."

"Mana tahu, dia kini sibuk dengan kariernya dan berada dalam keadaan baik. Sudah tentu saya akan menerima Zayn semula dengan tangan terbuka kerana nyanyiannya."

One Direction 1

Bekas anggota One Direction, Zayn Malik.

Mengulas lebih lanjut mengenai pengganti Zayn Malik, Liam Payne menegaskan bahawa mereka tidak akan menambah anggota yang baru.

"Cukuplah kami berempat dan tidak memerlukan lebih ramai anggota."

Mengenai perkembagan terbaru Liam Payne, dia bakal mengeluarkan single solo terbaru yang bertajuk Little Song. Malah, dia juga telah berkongsi vidoe nyanyian yang berdurasi 15saat di instagram peribadi beliau. Pada Disember lalu juga, Liam Payne turut menghasilkan lagu The Night We Met bagi kumpulan dari Ireland, Hometown.

One Direction 2

Liam Payne bakal keluarkan single terbaru, 'Little Song'.

Peminat One Direction boleh menarik nafas lega kerana mereka tidak akan berpecah. Malah, mereka akan terus menghasilkan album yang terbaik buat peminat setianya.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • One Direction Paling Dicari Di YouTube
  • Zayn Malik Tinggalkan One Direction?
  • Kenyataan Panas Noel Gallagher Terhadap Zayn Malik
  • Gadis Berhijab Dipeluk Zayn Malik Cetus Kontroversi
  • 1,124 total views, 1,124 views today

    , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Smiley :)
    :D
    :)
    :[
    ;)
    :D
    :O
    (6)
    (A)
    :'(
    :|
    :o)
    8)
    (K)
    (M)

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *