Recent Post

Tuesday, January 19, 2016

Najib pengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara - Berita Harian


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Bangunan Perdana Putra di sini.\

Mesyuarat kira-kira dua jam itu turut dihadiri antaranya Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zin; bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali.

Najib dalam satu kenyataan semalam memaklumkan mesyuarat MKN itu untuk membincangkan langkah keselamatan yang telah diambil dan perkembangan terkini termasuk insiden keganasan terbaru di Jakarta, Indonesia minggu lalu.

Beliau juga minta rakyat Malaysia supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebar maklumat tidak sahih yang boleh mencetus kebimbangan umum berhubung tahap keselamatan negara.

Perdana Menteri juga berkata, agensi keselamatan negara telah diarah untuk meningkatkan lagi usaha menangani kemungkinan ancaman keganasan di negara ini susulan serangan pengganas di beberapa bandar besar dunia. - BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *