Recent Post

Tuesday, January 19, 2016

MQA mansuh keperluan CQC, percepat proses dapat akreditasi


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bersetuju untuk menghapuskan keperluan bagi universiti awam dan institusi pengajian tinggi mendapatkan Perakuan Memenuhi Keperluan Kualiti (CQC) dalam proses mendapatkan akreditasi untuk pengendalian sesuatu program, mulai tahun ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pemansuhan CQC akan mempercepatkan tempoh penilaian keseluruhan program pengajian.

Berikutan itu, beliau berkata MQA juga bersetuju menerima keputusan Saringan Awal di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) sebelum universiti awam dan institusi pengajian tinggi menyerahkan permohonan akreditasi di MQA.

"Sekiranya perkara ini berjaya dilaksanakan saya yakin MQA boleh menilai program dalam tempoh yang singkat dari tempoh piagam pelanggan yang sedia ada," katanya dalam Majlis Amanat Tahun Baru 2016 kementeriannya semalam.

Idris berkata penghapusan CQC adalah selaras dengan pemantapan transformasi universiti dan penambahbaikan sistem penyampaian Kementerian Pendidikan Tinggi.

CQC merupakan perakuan MQA bahawa sesuatu program telah memenuhi keperluan kualiti untuk dipertimbangkan keluluasn pengendalian Kementerian Pendidikan Tinggi. Ia perlu dikemukakan sebagai salah satu dokumen sokongan untuk mendapatkan kelulusan pengendalian sesuatu program.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa berkata pemansuhan CQC merupakan penambahbaikan proses dalaman MQA.

Beliau berkata MQA sedang mempertimbangkan permohonan akreditasi secara berkala dan penggunaan kurikulum kebangsaan pada tahun ini.

"Ini akan mempercepatkan proses penilaian akreditasi. Ini adalah sebahagian usaha dan komitmen MQA untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan menambah baik sistem penyampaian sedia ada," katanya.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *