Recent Post

Tuesday, January 19, 2016

'Mak & Ayah Takkan Mampu Tanggung Kos Saya Belajar'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Gambar hiasan Entah kenapa malam ini saya rindu sangat pada ibu dan ayah. Tengok gambar mereka berdua membuatkan saya sentiasa rasa berdosa. Saya dari keluarga yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. Miskin tetapi tidak papa kedana. Sejak kecil lagi, saya suka travel. Bermula dari lawatan sekolah rendah sehingga sekolah menengah, semua lawatan saya turut serta.  Kisahnya, semasa darjah 5, sekolah ada buat lawatan ke suatu tempat yang saya tak berapa ingat sangat. Masa itu, ayah tak bekerja sebab terlantar di rumah akibat kemalangan. Duit tak berapa nak ada, tetapi saya tetap memujuk ayah agar dapat pergi lawatan itu. Ayah beri duit separuh pada saya untuk membayar yuran.  "Nanti bila tarikh dah dekat, baru bayar habis ye Mawar," katanya. Saya campak duit itu pada ayah. "Kita nak bayar penuh! Bukan nak bayar separuh!" desak saya pada ayah. Giliran ibu pula cuba memujuk. "Mawar, jangan begitu. Esok Mawar beritahu cikgu untuk bayar separuh dulu ye nak?" pujuk mak dengan nada lembut. Tetapi saya tetap memberontak untuk membuat pembayaran penuh. Saya masuk bilik dan hempas pintu.  Keesokan harinya sebelum pergi ke sekolah, ibu berikan saya duit yuran penuh. Saya gembira namun tidak pula bertanya dari mana mereka mendapat duit itu. Malam itu, saya dengar dari dalam bilik yang kakak saya nak gunakan duit. Tetapi ibu beritahu yang mereka tak ada duit sebab dah diberikan kepada saya untuk bayar yuran lawatan sekolah. "Ibu tak ada duit kakak, ibu dah dah beri pada adik kamu. Itu pun ibu pinjam dari AJK surau," katanya. Sehinggalah tingkatan 3, sekolah ada buat lawatan ke Kuala Lumpur. Yurannya RM150 dan pada masa itu ibu dan ayah memang sudah tiada duit sebab kakak saya dapat tawaran masuk ke MARA. Banyak duit telah dibelanjakan untuk dia. Tetapi seperti biasa, saya paksa mereka berikan duit. Saya siap mengugut mereka. "Jangan tanya kalau result PMR saya gagal!" Sekali lagi, pemintaan saya dipenuhi dan saya tidak tahu dari mana mereka mendapat RM150 itu.  Tamat SPM, saya terus mencari kerja untuk mendapatkan duit. Saya nak laptop, motosikal, kereta dan sebagainya. Saya tahu ibu dan ayah tidak akan berikan semua itu sebab mereka tidak kaya!  Tetapi sejak bekerja, saya sudah mula lepak dengan kawan-kawan. Duit gaji dijoli habis entah ke mana. Tetapi di usia 18 tahun, saya berjaya membeli laptop dan motosikal. Sejak ada motosikal, saya kerap balik lewat. Mana tidaknya, saya tengok rempit secara live. Ibu dan ayah bising, tetapi saya buat bodoh. Apa yang saya tahu ialah saya nak happy².  Di usia 19 tahun pula, mereka tak bagi saya bekerja. Mereka suruh saya sambung belajar seperti kakak-kakak. Tak tahan dipaksa, saya mengambil keputusan untuk menipu mereka kononnya saya dapat tawaran belajar. Mereka gembira dan bangga dengan saya tetapi, akhirnya saya sekali lagi menghancurkan harapan mereka.  "Macam mana nak belajar? Ibu dengan ayah bukannya mampu nak menanggung kos pengajian saya nanti. Motosikal saya tu, siapa nak bayarkan bulan-bulan?" itu alasan yang saya berikan kepada mereka. Hari terus berlalu, di usia 20 tahun saya sudah mula bertukar kerja. Dalam setahun, empat kali bertukar kerja dan perangai saya masih sama, kerap balik lewat. Ibu dan ayah semakin hilang sabar dengan perangai saya. Mereka suruh saya kerja di Kuala Lumpur dan tinggal bersama dengan kakak. Mereka tidak mahu saya tinggal bersama mereka lagi.  Saya kecewa dan terasa seperti dihalau.  Di usia 21, saya bekerja di Kuala Lumpur sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan yang sangat sibuk. Saya benar-benar tertekan dengan keadaan di Kuala Lumpur. Serabut dengan keadaan sekeliling yang penuh dan sesak dengan manusia yang kebanyakan warga Indonesia dan Bangladesh.  Pernah sekali saya ugut ibu dan ayah yang saya mahu menjadi budak jahat, nak pergi kelab malam bagai. Yang sebenarnya tiada niat pun nak jadi jahat, saja nak mengertak mereka agar saya dibenarkan balik tinggal bersama mereka di Perak. Namun mereka tidak mengendahkan ugutan saya. Sehinggalah satu malam, adik menghubungi saya. Katanya sekolah ada buat lawatan dan dia perlukan duit dari saya untuk bayar yuran penyertaan.

"Kenapa tak minta dari ibu dan ayah?" soal saya. 

"Kak, adik tak nak susahkan mereka sebab ayah sampai sakit nak cari duit," jawabnya. Tahu tak, pada masa itu barulah saya tersedar apa yang saya sudah buat pada orang tua saya. Hidup saya penuh dengan dosa.  Malam itu, saya solat, saya doakan untuk ibu dan ayah. Selesai saja berdoa, saya menangis. Semasa saya menangis, ingatan saya seperti kembali ke zaman kecil. Seolah-olah Allah bukakan ingatan saya untuk mengingat kembali apa yang saya telah lakukan pada mereka. Masa itu barulah saya sedar yang saya telah derhaka pada mereka. Saya banyak membuat mereka terkilan dengan perangai diri ini. Sejak dari hari itu, saya berubah dan tiap-tiap bulan saya hantar duit pada mereka. Kini umur saya sudah 24 tahun. Jujur saya katakan, saya masih lagi merasakan diri ini derhaka sangat walaupun telah berkali-kali meminta maaf pada mereka akan perbuatan saya sebelum ini terutamanya semasa saya baling duit pada ayah. Walaupun ayah tidak ingat, saya tetap suruh ayah ingatkan juga. Tahu tak, kalau malam itu adik tidak menghubungi saya, sampai sekarang saya masih lalai dengan dunia dan masih derhaka. Saya bersyukur ya Allah. Pertama kali saya salam tangan mereka dan saat mereka memaafkan saya, jujur terasa jiwa ini tenang dan damai.  Kawan-kawan, hargailah mereka selagi mereka masih ada. Tundukkan ego, lembutkan hati untuk ibu dan ayah kita. Sentiasalah memohon keampunan. Kadang kala hanya tingkah laku kita pun boleh membuatkan mereka berkecil hati. Perancangan ibu bapa adalah yang paling baik. Terima kasih kerana mereka telah mengaturkan yang terbaik untuk saya. - Mawar | THEHYPEMEDIA.COM



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *