Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Malah Fynn Jamal memberitahu dia tidak pernah didatangi mana-mana pengusaha sambal yang memberikannya sample produk tersebut kepadanya.
"Saya pun pelik lah dengan dakwaan ini. Isu sambal ni pun boleh jadi besar. Kalau nak kata saya tiru resepi orang macam kelakar sebab cara nak buat sambal yang basic itu semua orang pun tahu.
"Terus-terang saya tidak pernah minta atau terima sample sambal daripada sesiapa.
"Jika ada pun ketika sebelum saya pergi Umrah yang lalu. Tapi tak mungkin la dia kerana dia ada number contact saya dan dia boleh datang kepada saya dan bertanyakan.
"Sehingga kini saya sendiri tak tahu atau mengenali siapa sebenarnya yang mengeluarkan dakwaan tersebut kerana tiada sesiapa yang datang kepada saya.
"Jika benar pengusaha tersebut mahu menuntut kebenaran datang lah kepada saya. Tapi sehi ngga kini tiada lagi," katanya kepada murai.com.my ketika pelancaran produk terbaru Caliph.
Minggu lalu kecoh di Instagram, Twitter dan Facebook mengenai isu penyanyi Fynn Jamal yang dikatakan meniru idea untuk membuat ibu sambal.
Semuanya bermula ada seseorang mendakwa Fynn memotong jalan dan mengambil idea beliau untuk membuat ibu sambal.
Individu tersebut mendakwa ada menghubungi Fynn untuk bertanyakan hal tersebut, namun jawapan Fynn benar-benar mengejutkan beliau.
Malah menerusi akaun Instagram Fynn ada memohon maaf tetapi dalam cara yang cukup sinis.
Mengulas mengenai bagaimana tercetusnya perniagaan Ibu Sambal, Fynn memberitahu ia bermula dengan hanya suka-suka menghasilkan 100 botol sambal untuk tujuan tertentu.
"Sebenarnya ia bermula selepas ada pihak yang meminta saya berniaga di salah satu vendor yang diusahakan.
"Saya kata saya nak meniaga apalah, memang masa tu tiada barang atau perniagaan nak diusahakan.
"Lepas tu fikir p unya fikir saya keluar lah dengan idea nak berniaga sambal. Saya pun buatlah sambal dalam100 botol hanya khas untuk vendor itu.
"Selepas itu memang saya tidak lagi membuat perniagaan sambal itu dan belum ada perancangan lanjut. Mungkin ada atau mungkin ia sampai setakat itu sahaja," luahnya.
Oleh Syafiqah JalalArtikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 27 Jan 2016
No comments:
Post a Comment