Recent Post

Wednesday, January 27, 2016

Zahid harap kes dana RM2.6b dan SRC tidak diungkit lagi


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Siasatan yang membawa kepada penemuan Peguam Negara berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion dilakukan secara teliti dan menyeluruh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata setiap bukti dan perkara berkaitan, disiasat dengan mendalam.

"Tiada siapapun harus mempersoalkan proses undang-undang kita atau kecekapan dan kebebasan institusi di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada sidang media di Putrajaya hari ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri.

Beliau berkata siasatan mendapati amaun didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013, dan daripada jumlah itu sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama.

Seperti telah dijelaskan, kata Ahmad Zahid tiada syarat dikenakan dengan derma yang telah dibuat kepada Najib secara peribadi, iaitu ia dibuat daripada kepercayaan kepada beliau dan kepimpinannya berhubung isu-isu utama.

"Saya mengetahui perkara ini selepas bertemu sendiri dengan penderma yang dimaksudkan. Perdana menteri memilih sendiri untuk menggunakan sumbangan (itu) untuk kepentingan parti dan keperluan masyarakat di seluruh Malaysia," katanya.

Sambil berkata isu itu terlalu banyak menghabiskan masa, Ahmad Zahid berharap ia tidak diungkit lagi.

"Kita mesti bersatu dan bergerak ke hadapan di bawah kepimpinan perdana menteri untuk Malaysia.

"Beliau adalah orang yang amat bersesuaian untuk membawa kita mengharungi kemelut ekonomi global semasa dan ancaman keselamatan yang dihadapi kini," katanya.

Ahmad Zahid seterusnya berkata ahli politik sentiasa bersedia untuk diserang oleh musuh-musuh yang ingin merosakkan reputasi dengan tuduhan palsu untuk menidakkan mereka.

"Bagaimanapun, adalah salah untuk merosakkan reputasi kerajaan dan negara untuk kepentingan politik peribadi. Kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan peribadi," tegasnya.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *