Recent Post

Thursday, January 28, 2016

Konsert ELLA 2016 di Stadium Malawati Shah Alam


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Ratu Rock Negara ELLA umpama Permata Biru yang sukar dicari ganti. Kehadirannya di persada muzik Malaysia bermula pada persekitaran tahun 1985 bersama The Boys dan semenjak dari tahun tersebut, Rama Rama ini telah terbang tinggi setinggi tingginya tanpa menoleh ke belakang lagi. Bersama band yang mengangkat namanya ELLA & The Boys, anak Klang Selangor Darul Ehsan ini mengukir nama gemilangnya. Dari situlah dia mendapat gelaran Ratu Rock Negara sebelum mengambil keputusan bergerak solo pada tahun 1988.

Konsert Ella yg dijadualkan berlangsung pada 16 April 2016 jam 8.30 mlm di Stadium Malawati Shah Alam. #Repost @konsertella2016 ・・・ Press Conference Konsert Ella 2016 Liveupdate by @syncimages Konsert @EllaAminuddin 2016 💋 Tarikh : 16 April 2016 (

Sepanjang bergelar penyanyi rock wanita hampir 30 tahun yang lalu, bermula dengan Pengemis Cinta (1989), Puteri Kota (1990), Indentiti (1992) dan ELLA 30110 (1992). Album keempatnya, ELLA 30110 dianggap sebagai album ELLA yang paling berjaya pernah diterbitkan kerana telah mencipta sejarah di Malaysia sebagai album pertama yang mencapai jualan tertinggi dalam masa yang amat singkat. Hampir kesemua lagu dalam album tersebut telah berjaya menjadi single popular. Kelahiran album ini sebenarnya telah memberikan impak yang begitu besar terhadap karier nyanyian ELLA sepanjang bergelar anak seni.

Sebagai penghargaan dan hadiah bagi peminatnya yang telah memberi sokongan terhadap album ini, ELLA telah menghadiahkan konsert solonya, iaitu Konsert ELLA 30110 di Stadium Negara. Konsert tersebut telah berjaya meninggalkan kesan yang amat mendalam apabila berjaya menghimpunkan lebih dari 10,000 peminat yang hadir bagi memberi sokongan kepada ELLA. Ia sekaligus meletakkan nama ELLA sebagai penyanyi wanita utama pada tahun tersebut bahkan menjadi penerima Anugerah Artis Wanita Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (Berita Harian) 1993.

Kejayaan ELLA tidak hanya berhenti disitu sahaja, bahkan kemudiannya disusuli pula dengan pelaburan besar menerusi album ELLA USA (1994). Kejayaan ELLA USA yang berjaya mencapai jualan melebihi 350,000 unit melonjaknya sebagai artis paling berjaya sekitar tahun 1994. Walaupun silih berganti kedatangan artis artis wanita lain dari dahulu sehinggalah sekarang, namun ELLA tetap utuh di persada muzik Negara dan mahkota Ratu Rock Negara tetap menjadi miliknya hingga kini.

Kelestarian jodoh ELLA dan irama rock diteruskan menerusi album-album solo dan kompilasi seterusnys seperti Demi (1996), El (1998), El – Edisi Terhad (1999), Diva Metal (2000),"Tanda Tanya" (single pada 2001), Ilham Bicara (2001), Simbiosis (2003), A Journey Beyond (2005), Ratu Rock (2005) dan Rama- Rama (2007).

Pemilihan ELLA sebagai sebagai penyanyi lagu tema Sukan Komanwel 1998 yang julung kalinya diadakan di Malaysia. Standing In The Eyes Of The World, menandakan satu lagi tanda aras buat ELLA. Ketika itu dia menjadi penyanyi Asia pertama yang dipilih menyanyikan lagu tema sukan tersebut.

Sebenarnya, terlalu banyak kisah daripada titipan legasi dan pencapaian ELLA yang tersaksi oleh sejarah sejak zaman kaset, cakera padat (CD) dan kini terevolusi oleh arus digital. Telah banyak pencapaian diraih, konsert yang dijayakan bersulam puluhan hit yang mekar menjadi malar segar sehingga hari ini.

ELLA merentasi zaman, dari saat selincah Puteri Kota yang memasang Layar Impian, Rindu, Dua Insan Bercinta, Dunia Batinku, Pengemis Cinta, Baldu Biru, Bayangan, Sembilu, Kitalah Bintang, Gemilang, Esok Lusa Selamanya, Cekal, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Nuri, Ilham Bicara, Penawar, Tiada Tangis Lagi sehinggalah yang terbaharu Istimewah, sungguh banyak melodi yang memori yang tersimpan di sebalik segaris namanya.

Setelah hampir 10 tahun tanpa konsert berskala besar, barangkali kolaborasi dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya sekitar Julai 2010 adalah konsert solo terbesarnya baru baru ini, Ratu Rock Negara yang sudah bertukar status menjadi Permaisuri kepada Kapten Azhar Ghazali itu akan kembali menemui peminatnya menerusi konsert terbesar tahun ini, Konsert ELLA 2016 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 April 2016, Sabtu jam 8.30 malam.

Bertemakan anti dadah, konsert ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor. ELLA juga telah berbesar hati untuk menyumbangkan RM 2 dari setiap penjualan tiket konsertnya untuk disalurkan ke Tabung PEMADAM Selangor agar lebih banyak program-program anti dadah dapat dijalankan pada masa hadapan. Ini merupakan sumbangan ikhlas daripada ELLA dalam usaha memerangi gejala dadah yang semakin berleluasa.

Sebagai simbolik kepada mesej keprihatinan yang dibawa, ELLA menyeru peminat yang hadir ke konsert berkenaan memakai baju bewarna putih kerana putih bagi melambangkan kesucian naluri bekas-bekas penagih dadah yang mahu kembali ke jalan pangkal jalan dan putih juga umpama kelahiran semula bekas bekas penagih dadah.

Bakal menyampaikan lagu lagu hitsnya dari era 80-an sehingga hari ini, konsert yang diterajui oleh gitaris handalan Man Kidal sebagai Pengarah Muzik tersebut akan turut menampilkan artis artis jemputan yang juga rakan rakan seperindustrian ELLA selaku pembuka tirai acara dan juga berduet bersama sama ELLA nanti. Nama artis artis jemputan ini akan diumumkan tidak lama lagi. Sesuatu yang istimewa, ELLA akan sekali lagi mengembalikan sejarah lamanya apabila beliau akan sekali lagi terbang bersama helikopter khas untuk ke Stadium Malawati Shah Alam sebelum bermulanya konsert tersebut.

ELLA bersama sama dengan pihak penganjur, Atlas One Events Sdn Bhd akan sekali lagi mencipta sejarah di Malaysia tidak lama lagi sebelum konsert tersebut. Acara ini juga merupakan salah satu promosi Konsert ELLA 2016. ELLA dan pihak Atlas One Events Sdn Bhd akan mengumumkannya tidak lama lagi.

Tiket-tiket Konsert ELLA 2016 sudah mula dijual, setakat ini hampir 2000 tiket sudah pun terjual termasuk 1000 tiket daripada Team ELLA USA dan hampir 1000 lagi tiket yang ditempah oleh beberapa syarikat korporat serta pembelian dari peminat peminat ELLA.

Rakan Rasmi : Pemadam Selangor

Radio Rasmi : Era FM

Karaoke Rasmi : Red Box Karaoke & Green Box Karaoke

Tiket Rasmi :  TicketPro Malaysia

Disokong Oleh :

Maklumat Penganjur:

  • The Lodge Paradize Hotel
  • Lameya Malaysia
  • The Storage People
  • Tyra by ELLA Aminuddin
  • Atlas One Events Sdn Bhd31-03 Jalan PJU 5/20E, The Strand Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul EhsanTel / Fax : +603 6143 7695Mobile : +6010 2707 456Website : www.atlasoneevents.com

    Maklumat Tiket

    (Semua tempat duduk adalah bernombor kecuali RockZone)

    RM 78 – Kategori 1RM 108 – Kategori 2RM 158 – Kategori 3RM 78 – Kategori 3 (OKU sahaja)RM 228 – RockZone (berdiri di hadapan pentas)RM 288 – VVIP (termasuk cenderahati ELLA)

    Tiket Ejen

    Ticketpro Malaysia Sdn BhdD-2-03A Dataran Glomac, Jalan SS6/20A, Kelana Jaya, 47301, Petaling Jaya, Selangor Hotline : +603 7880 7999Fax : +603 7880 4478Email : info@ticketpro.com.myJualan Tiket Online : www.ticketpro.com.my

    Tiket juga boleh didapati di outlets

  • Rock Corner
  • Guitar Store
  • Victoria Music
  • Komen via Facebook

    Komen




    Smiley :)
    :D
    :)
    :[
    ;)
    :D
    :O
    (6)
    (A)
    :'(
    :|
    :o)
    8)
    (K)
    (M)

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *