Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Jika ya, kini anda tidak perlu susah-susah tunggu bulan Ramadan untuk menikmatinya di hotel mewah kerana ia boleh dinikmati bila-bila masa di gerai makanan yang sempoi, Warung Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara, Jalan Kasim, Meru, Klang.
Kunjungan Murai jam 12 tenghari di hari bekerja ke sana memang mengejutkan kerana ramai pengunjung yang berbaju kemeja dan formal sudah memenuhi kedai tersebut untuk menikmati daging bakar ketika lunch time waktu pejabat mereka.
Penulis berpeluang merasa set hidangan kambing bakarnya bersama nasi putih. Kambing bakar itu memang mengancam sekali, apatah lagi dagingnya yang lembut dan manis itu bagai sempurna dimakan bersama cili kicap pedas.Rasa bagai mimpi apabila dapat menikmati kambing bakar yang enak ketika makan tenghari. Namun khabar baik buat pengunjung, hidangan itu bukan sahaja dihidang waktu tengahari sahaja malah ia dijual bermula jam 11 pagi hingga 12 malam.
Jadi kepada warga kota yang tak berpelung untuk ke sana pada waktu saing kerana lokasinya yang agak jauh, anda boleh pergi selepas waktu kerja iaitu sebelah malam.
Pemilik gerai, Supriyadi Sukardi memberitahu resipi kambing bakar ini hasil ilham sendiri dan nyata dia sendiri terkejut dengan sambutan luar biasa yang diterima.Selain kambing bakar, gerai tersebut turut menjadi tumpuan kerana Ayam Penyet dan Burung Puyuh yang ditawarkan dalam menu mereka.
Menurut Supriyadi , selalunya pelanggan akan menelefon terlebih dahulu gara-gara tempat yang sentiasa penuh.
Mana tidaknya, ketika kunjungan penulis kerana kerabat Diraja turut turun padang mencemar duli menikmati menu Kambing Bakar.
Selain rakyat tempatan, kedai ini sering menjadi tempat sasaran sekiranya pelancong dari Jepun, Korea dan Amerika Syarikat datang ke Malaysia.Berikut merupakan menu dan harga yang ditawarkan:
No comments:
Post a Comment