Recent Post

Thursday, January 28, 2016

50% kawasan tercemar bauksit dibersihkan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sebanyak 50 peratus kawasan pencemaran bauksit di Kuantan, Pahang, telah dibersihkan setakat ini, kata Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan proses pembersihan pencemaran itu selesai sepenuhnya Februari ini.

"Proses pembersihan perlu dilakukan secara teliti supaya tidak menjejaskan kawasan sekeliling yang lain.

"Walau bagaimanapun pemantauan dari semasa ke semasa akan dibuat di kawasan tercemar bagi memastikan kejadian itu tidak berulang lagi pada masa hadapan," katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata proses pembersihan itu dilaksanakan oleh 21 anggota bomba dengan menggunakan tujuh jentera dari empat balai bomba.

Operasi pembersihan itu dimulakan selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 13 Jan, selepas mengambil maklum keluhan penduduk di Kuantan yang terjejas dengan aktiviti perlombongan bauksit.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *