Recent Post

Thursday, January 28, 2016

Bot pancung bawa muatan minyak sawit mentah ditahan - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Bot pancung bawa muatan minyak sawit mentah ditahan

28/01/2016 12:41pm

SANDAKAN - Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot pancung yang disyaki membawa muatan minyak sawit mentah tanpa surat kebenaran dalam operasi di perairan Pantai Bandar Leila di sini lewat malam tadi.

Ketua Penguat kuasa Maritim Daerah Sandakan, Kepten Maritim A. Razak Abd. Rahman berkata, penahanan bot pancung itu dibuat hasil maklumat yang diterima mengenai aktiviti pemindahan minyak sawit di kawasan berkenaan.

Katanya, bot peronda APMM dengan kekuatan lima anggota kemudian bergegas ke kawasan tersebut dan telah mengesan sebuah bot pancung yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.

"Ketika anggota kami cuba menghampiri bot tersebut, seorang lelaki dipercayai tekong bot telah pun melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan baru selesai memindahkan minyak sawit mentah dengan anggaran berat empat tan metrik," katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut mendapati aktiviti tersebut dilakukan tanpa surat kebenaran dan kes disiasat di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998.

Jelasnya, nilai rampasan setakat ini masih dalam siasatan.

"Bot tersebut telah dibawa masuk ke jeti APMM Sandakan untuk tindakan lanjut," katanya. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *