Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pada hari Isnin lalu, majlis sidang media Maharaja Lawak Mega 2016 di Ramada Plaza Dua Sentral, Kuala Lumpur. Program realiti komedi terkenal tanah air, Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) kembali dengan gabungan barisan pelawak lama dan baru yang bakal menemui peminatnya bermula 29 Januari ini. Antara pelawak yang bergabung adalah kumpulan LOL gabungan Angah bersama Tauke (Jambu) dan Ajak (Shiro) selain Joras yang dianggotai oleh Shuk (SYJ), Rahim (R2) dan Joey (Jalor).
Peserta lain yang turut terlibat adalah Cham (Along dan Azrul Cham), Bocey (Acey, Abam dan Fad), Awok (Filzah, Ain dan Ayie), Enjen (Raja Azri, Acong dan Yus), Shake (Amir, Bell Ngasri dan Haszmi), Chilok (Chiwan, Achok dan Kamal), XOLA (One, Chot dan Wan Jala), Puteh (Mamak dan Ali).
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna (132), Emarina Kamal, pemilihan para peserta MLM 2016 dilakukan lebih awal tanpa menggunakan format 'Hotseats' seperti sebelum ini.
"MLM 2016 masih mengekalkan format yang sama seperti sebelum ini kerana kami sudah mengenalpasti kumpulan yang layak untuk bertanding untuk edisi kali ini.
"Format 'Hotseats' tidak lagi digunakan kerana pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga di program Projek Komedi Warna secara automatik layak untuk menyertai MLM 2016. Di samping itu kami turut memperkenalkan beberapa kelainan terutamanya gandingan para peserta."
Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim turut mencuri perhatian apabila muncul sebagai peserta kumpulan Bos bersama Ajo dan Abu.
Manakala kumpulan Bora (Isa, Yan dan Mamat) mewakili Singapura dan Saywho (Vicha, Bocil Bancin dan Agus) Indonesia.
Dua peserta solo yang turut bertanding adalah Reza Mukmin dan Kavin Jay.
Dalam pada itu, bercakap mengenai juri program berkenaan, Emarina berkata, pihaknya akan merahsiakan perkara itu terlebih dahulu dan ia hanya akan didedahkan pada minggu pertama pertandingan.
Istimewanya, MLM 2016 menyaksikan beberapa pembentukan kumpulan baru pelawak-pelawak terkenal tanah air seperti kumpulan LOL yang disertai oleh Angah Raja Lawak bersama Tauke Jambu dan Ajak Shiro. Tidak ketinggalan kumpulan Joras yang diwakili oleh Shuk SYJ, Rahim R2 dan Joey Jalor. Lebih mengejutkan, MLM 2016 turut menyaksikan gabungan Along dan Azrul menerusi kumpulan Cham yang sebelum ini dikatakan sudah berpecah.
Selain itu, dua nama baru bakal muncul sebagai peserta solo iaitu Reza Mukmin dan Kavin Jay.15 kumpulan bakal merebut gelaran juara yang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 beserta trofi, naib juara RM250,000, tempat ketiga, RM150,000, keempat RM50,000 dan kelima RM15,000.
Sementara itu, sebuah slot istimewa diperkenalkan iaitu Misi Lawak yang akan dikendalikan oleh CK Faizal yang akan ke udara selama 15 minit sebelum bermulanya siaran MLM 2016 pada jam 10 malam.
Saksikan program Maharaja Lawak Mega 2016 setiap hari Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Empat barisan juri tetap akan diketahui pada hari episod pertama MLM 2016 bersiaran.
Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info lanjut!
Komen via FacebookKomen
No comments:
Post a Comment