Recent Post

Monday, January 11, 2016

'Mana Niat Asal Kamu Berniqab?'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Gambar - tazkirah.net Saya sudah lama berniqab. Sekarang umur sudah 50 tahun. Dari kecil saya dididik dalam keluarga yang sederhana. Abang dan kakak saya seorang hafiz dan hafizah. Mereka sudah pergi menghadap Ilahi. Pergi mereka pada hari Jumaat yang barokah dan masing-masing meninggalkan anak. Ibu bapa saya sudah lama pergi menghadapNya dan tinggallah saya bersama suami dan enam cahaya mata. Sudah 42 tahun saya berniqab. Saya tidak cantik tetapi Allah jaga air muka saya untuk suami dan anak. Ini luahan hati saya dan saya harap para wanita mendengarnya. Kenapa kamu memakai pakaian isteri nabi dan menunjukkan ia kepada orang ramai? Saya menangis melihat secebis kain itu dijadikan fesyen. Dijahit dengan warna warni, dipakaikan hiasan pada kepala, dibuat singkat, dipakaikan sanggul seperti unta, didandan matamu agar nampak comel dan menggoda serta gambar yang menampakkan mata yang menghairahkan ditayang. Saya menangis.  Dulu sewaktu saya mula mengenal niqab, belum ada niqab warna warni di Malaysia. Kami selesa dengan warna hitam dan kadang-kadang putih. Ya Allah, kenapa sekarang semuanya berubah? Saya keluar dari rumah dan terkejut melihat ini semua. Saya minta bawa kemanisan dulu, mana zuhud dalam diri kalian wahai wanita? Mana perasaan malu apabila gambar ditayang diri didandan? Nak comel, tarik perhatian lelaki, mana niat asal kamu menutup wajah? Ya Allah, air mata saya mengalir. Berbaliklah pada asal usulmu, maka kamu akan menemui siapa dirimu. Pesanan, mesej ini ditaip oleh anak saya kerana saya tidak pandai menggunakan telefon bimbit. Tolong sampaikan kepada semua luahan hati saya yang sudah menutup wajah selama 42 tahun dan hari ini hati saya menangis kerana kamu semua.  Ya Allah, jadikanlah tiga anak gadisku anak yang solehah dan menutup mukanya keranaMu Allah. Allah, saya menangis. Sebelum saya meninggal, sampaikan pesanan saya ini kepada wanita lain. Allah. Dari anak: "Ibu ana menangis sewaktu ibu meminta ana menaip mesej ini. Jangan menghampakan ibu ana," Nur Jida | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *