Recent Post

Monday, January 11, 2016

Melaka : Jalan-Jalan Cari Makan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

AMIE'S LITTLE KITCHEN Melaka : Jalan-Jalan Cari Makan Tahun 2016 ini kita belum paparkan sebarang resepi. Bukan apa, dah siap masak anak-anak tak sabar nak makan... tak sampai hati pula suruh tunggu. Maklumlah Fairuz sekolah pagi, ikut kita ke sekolah... baliknya pula agak lewat sebab kena tunggu kita selesaikan kerja di sekolah, mesyuarat dan sebagainya. Fuad pula, kelaparan di rumah... sebab malas nak masak! Terfikir juga nak tangkap gambar ... tapi hari sudah menjelang petang, matahari dah mula condong. Gambar pun dah tak berapa nak cantik. Malap jew...sebab kita buka jurukamera profesional. Jadi, simpan kembalilah kamera dalam begnya. Apa pun, buat rakan-rakan yang tak putus-putus berkunjung ke dapur Amie, ada buah tangan dari Melaka yang Amie bawa. Tapi sekadar untuk menjamu mata sajalah yea... Banyak kedai makan dan restoran yang menyediakan hidangan yang lazat khususnya bila tiba waktu makan tengahari, tapi tak sempatlah nak merasa semuanya. Yang pasti, memang tak tinggal asam pedas! Memang itulah keunikan Melaka... asam pedasnya! Kalau tak mahu asam pedas, banyak pilihan lauk lain yang dapat memenuhi selera anda. Ke sana, ke mari... mesti ada asam pedas ikan! Asam pedas ikan pari, ikan kembung, ikan merah dan entah ikan apa lagi. Senduk saja masuk dalam pinggan nasi. Makan di Anjung Samudera pun sedap! Sama sedapnya dengan menikmati hidangan di restoran lain... itu pandangan Amie. Jangan marah... selera kita subjektif sifatnya...ahaks! Selain asam pedas, lauk-pauk lain pun banyak terhidang. Yang kering, yang basah, yang berkuah.... semua ada.  Tempe pun ada...  Dan yang paling kita suka.... banyak ulam-ulaman tersedia. Segala jenis sambal termasuk sambal belacan, sambal kicap, budu cencaluk... semua ada! Dalam banyak-banyak lauk, tempe juga yang Fuad cari! Mesti ada tempe dalam pinggan nasinya... Hmmm.. kuat juga darah keturunan Jawa pada badan budak Fuad ni yea... :)



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *