Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Kedudukan tertinggi U Mobile ini berdasarkan data ujian kelajuan yang dikumpul melalui aplikasi Android dan iOS milik Ookla dalam tempoh enam bulan. Lebih 5 juta keputusan ujian dikumpul setiap hari dan data tersebut dianalisa dengan teliti sebelum pemenangnya disahkan pihak bebas. "U Mobile percaya dengan usaha menawarkan pelan data mudah alih dengan nilai terbaik berserta pengalaman pelanggan terbaik.
"Pendekatan ini berkesan kerana kami telah memenangi pelbagai penghargaan tahun ini dan terbaharu, Ookla mengakui bahawa U Mobile mempunyai rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia. "Ia adalah bukti bahawa kami benar-benar memberikan pengalaman pelanggan mudah alih yang terbaik kepada rakyat Malaysia. #DATASTRONGNETWORK!" kata Wong Heang Tuck, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile. Maklumat kedudukan U Mobile boleh didapati di: http://www.speedtest.net/awards/MY Tambahan 1GB percuma dari 1 hingga 31 Disember 2016. Tawaran ini hanya sah untuk pengguna U Mobile sahaja. Untuk meraikan pengiktirafan terkini U Mobile, syarikat telekomunikasi yang tertumpu kepada data ini akan memberikan data percuma* 1GB selama sebulan kepada pelanggan prabayar, pascabayar dan jalur lebarnya sebagai penghargaan di atas sokongan mereka.
Tawaran tambahan 1GB ini sah dari 1 hingga 31 Disember 2016. Tawaran ini hanya sah untuk pengguna U Mobile sahaja. Maklumat selanjut: http://www.u.com.my/umi
No comments:
Post a Comment