Recent Post

Saturday, January 16, 2016

Shahrom berjaya tamatkan misi Kutub Selatan - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Shahrom berjaya tamatkan misi Kutub Selatan

16/01/2016 12:13pm

Shahrom berjaya menamatkan misinya.

PUTRAJAYA - Penjelajah Negara ke Kutub Selatan, Shahrom Abdullah berjaya melengkapkan misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 dalam tempoh 37 hari 4 jam pada pukul 4.30 pagi ini

Kejayaan tersebut sekaligus membuatkan Shahrom menjadi rakyat pertama merentas Kutub Selatan menggunakan ski dari Messner Inlet ke titik sifar darjah Kutub Selatan sejauh 890 kilometer.

Penasihat Ekspedisi, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof berkata, Shahrom bukan sahaja berjaya menamatkan misi itu, malah melakukannya dalam tempoh masa yang lebih singkat berbanding jangkaan awal selama 50 hingga 60 hari.

"Shahrom telah berjaya menamatkan misi merentas Kutub Selatan itu dan ia sekaligus membuktikan bahawa sesungguhnya anak Malaysia mampu melakukan apa sahaja cabaran.

"Kejayaan Shahrom itu juga menandakan satu lagi pencapaian bertaraf dunia yang berjaya dicatat oleh rakyat di negara ini", katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada awal bulan Julai 2015. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *