Recent Post

Saturday, January 16, 2016

(TAHNIAH) Filem Mat Moto Kutip RM 1 Juta Pada Hari Pertama Tayangan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Penuh dengan mesej berguna dan bukan sekadar filem tentang mereka yang minat dalam dunia permotoran jalanan, filem Mat Moto arahan pertama Pekin Ibrahim  yang diarahkan bersama Syafiq Yusof mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat filem Malaysia apabila berjaya mencapai jumlah kutipan RM 1 juta pada hari pertama ia ditayangkan.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Pekin dan Syafiq menerusi akaun Twitter masing-masing.

Menggunakan "tagline" Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit, filem itu mula ditayangkan bermula 14 Januari (semalam).

Filem ini ingin menunjukkan perbezaan antara mat motor dan mat rempit bagi menangkis tanggapan negatif masyarakat terhadap 'mat motor' dengan mengetengahkan realiti kehidupan pengguna motosikal yang sebenar.

Mat Moto mengisahkan AL, pemilik syarikat suntingan filem menjelajah empat negeri bagi menunaikan hajat sahabatnya, Spark yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya.

AL mencari empat topi keledar yang menjadi buruan penggemar motosikal. Turut serta dalam misi itu adalah pelajar praktikal, Sikha.

Dua insan itu jatuh cinta, namun Sikha menyembunyikan rahsia yang boleh menggugat hubungan mereka.

Apakah rahsia itu? Berjayakah mereka menamatkan pengembaraan mencari helmet itu? Semuanya dapat disaksikan dalam filem Mat Moto yang menjanjikan kepuasan maksima buat penonton khususnya pencinta motosikal.

Beberapa nama besar juga daripada filem berkonsepkan dunia motor juga turut membintangi filem Mat Moto. Antara pelakon hebat tersebut ialah Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Zul Huzaimy dan Kamarool Hj. Yusof.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *