Recent Post

Saturday, January 16, 2016

Vida Beauty sah penaja utama Kelantan - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Vida Beauty sah penaja utama Kelantan

15/01/2016 11:39pm

Annuar menerima replika cek bernilai RM16 juta daripada pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri Vida.

KUALA LUMPUR – Syarikat kosmetik tempatan, Vida Beauty Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida secara rasminya menjadi penaja utama kepada pasukan bola sepak Kelantan bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2016.

Penajaan bernilai RM16 juta itu sekali gus menjadikan pasukan tersebut dikenali dengan nama baharu iaitu Pamoga Qu Puteh The Reds Warriors (PQPTRW).

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Seri Annuar Musa berkata, sempena penajaan tersebut beliau berharap supaya pemain PQPTRW dapat menampilkan komitmen yang tinggi agar pasukan tersebut dapat memenangi setiap perlawanan dalam Liga Malaysia.

"Datuk Seri Vida mempunyai idea-idea bagus yang menjadi suntikan semangat untuk KAFA. Saya melihat syarat-syarat beliau dari sudut positif, di mana ia berjaya mencipta situasi baru dalam bola sepak tanah air.

"Beliau bukan menjadi penaja sahaja, beliau turut mahu membangunkan infrastruktur dan peringkat akar umbi bagi bola sepak Kelantan," katanya pada majlis menandatangani kontrak antara Vida Beauty Sdn. Bhd. dengan pasukan Kelantan di bangunan Medan Mara di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, tajaan daripada Datuk Seri Vida itu tidak akan dimasukkan ke dalam akaun utama KAFA, tetapi akan disalurkan ke akaun kedua yang akan diuruskan oleh sebuah jawatankuasa terdiri daripada tujuh anggota. – K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *