Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
"Saya mengaku itu adalah saya, tapi gambar kemaluan itu bukan kepunyaan saya. Saya masih waras untuk tidak memuat naik gambar bogel di laman sosial.
"Lagi pula ini bukan kali pertama gambar saya disebarkan. Jadi, saya tidak kisah. Cuma sedikit kesal kenapa pihak terbabit mahu bersikap dengki terhadap saya," ujar anak pelakon Normah Damanhuri yang juga pelakon dan model, Ahya U Rosli, 29.
Ahya berkata demikian bagi mengulas penyebaran gambar separuh bogel termasuk gambar 'kemaluan' yang didakwa miliknya di laman web lucah.
Bagaimanapun, Ahya menafikan gambar kemaluan yang dipaparkan di laman web lucah bagi tatapan pengunjung golongan gay itu adalah miliknya.
"Mama pun tahu perkara ini. Dia tidak melenting kerana tahu siapa saya sebenarnya. Cuma, di kalangan kawan-kawan saja mereka mahu saya mencari dalang itu.
"Diakui saya sering memuat naik gambar dengan menayang bentuk badan di laman Instagram dan Facebook. Sesiapa yang mengikuti saya pasti tahu. Tidak sangka pula ada pihak sanggup pergunakan untuk tujuan lain," tambahnya yang pernah membintangi filem Tanda Putera.
Sumber: HM
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment