Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
SO7 yang dianggotai oleh Duta, Eross, Adam dan Brian itu bakal mempersembahkan deretan lagu hits mereka dari album pertama hingga terkini selama 2 jam setengah.
Pengarah Urusan Mawlaya Network Sdn Bhd , Rezuan Ramli selaku penganjur konsert tersebut yakin peminat SO7 akan mencapai kepuasan yang maksima dalam konsert itu nanti walaupun ini kali kedua mereka membuat persembahan disini.
"Saya tahu ini bukan kali pertama SO7 membuat persembahan di Malaysia, tetapi kemunculan mereka kali ini berbeza kerana mereka akan menghiburkan peminat dalam 2 jam lamanya.
"Saya yakin peminat akan puas ditambah selain dapat berhibur dengan persembahan pembukaan daripada Noh Salleh dan Restoe Ibu Band.
"Saya pasti konsert kalini mendapat sambutan yang luar b iasa memandanga sejak 2 minggu lalu penjualan tiket dibuka, sudah 2 000 tiket sudah pun terjual," katanya dalam sidang media semalam.
Kali terakhir mereka membuat persembahan di Kuala Lumpur sekitar 2013.
Apa yang pasti, SO7 bakal mengubat kerinduan peminat terhadap grup handalan ini terutamanya peminat setia mereka yang dinamakan SheilaGank dengan lagu antaranya Dan, Sephia, Seberapa Pantas dan Melompat Lebih Tinggi.
Tiket-tiket berharga RM75, RM110, RM150 dan RM190 telah mula dijual sejak dua minggu lalu dan setakat ni sebanyak 1000 tiket telah habis dijual.
Maklumat lanjut, layari www.ilassotickets.com.
Artikel oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada Jumaat, 5 Februari 2016
No comments:
Post a Comment