Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Lama rasanya tidak mendengar berita mengenai pelakon Elly Mazlein setelah beliau mendirikan rumah tangga. Untuk pengetahuan beliau kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata sulung.
Berkongsi mengenai cahaya mata sulung yang bakal dilahirkan tidak lama lagi, Elly Mazlein mengakui kehadiran anak perempuan yang bakal dilahirkan pada hujung Mac depan sebagai pengubat duka yang lalu.
Terdahulu, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein pernah keguguran selepas dua bulan mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada November 2014.
Artikel menarik:- MENGEJUTKAN! Inilah Respon Maya Karin Mengenai Kegawatan Ekonomi
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata pengalaman lalu cukup memberikan tekanan kepada dirinya.
Justeru setelah dia disahkan hamil semula pada Jun tahun lalu, tentu sahaja ia merupakan perkhabaran gembira buat Elly Mazlein.
"Tiada aral, Elly dijangka melahirkan anak perempuan pada 30 Mac depan. Memang Elly sendiri mengharapkan untuk mendapat anak perempuan dan alhamdulillah, ia seakan dikabulkan Tuhan. "Elly dan kandungan ketika ini pun sihat.
Elly dan suami juga selalu buat pemeriksaan di sebuah hospital di Wangsa Maju," katanya kepada BH Online.
Menurutnya, apabila mengandung buat kali kedua, suaminya meminta beliau mendapatkan rehat yang cukup.
"Suami tidak mahu Elly bekerja dan berasa tertekan. Dulu, ketika keguguran anak pertama, memang Elly lemah semangat. Begitupun, setiap kejadian ada rencana tersendiri. Sejak dimaklumkan hamil lagi, barulah kini Elly berani keluar berjumpa orang," katanya gembira.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-
1) Pekin Ibrahim Menegur Kelemahan Atikah Suhaime
2) (GAMBAR) Puteri Sulung Syarif Sleeq Dan Malaque Mahlady Yang COMEL!!
2,524 total views, 2,524 views today
No comments:
Post a Comment