Recent Post

Monday, February 01, 2016

Pelajar Meninggal Dalam Kemalangan, Siri Tweet Sebelum Ajal Jadi Viral


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

MUADZAM SHAH, 1 Feb - Seorang pelajar dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Muadzam Shah dan bapa meninggal dunia dalam satu kemalangan apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain di Kilometer 105.9 Jalan Kuantan - Segamat berhampiran dengan Ladang Dara Teh sekitar jam 11.15 pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Haziq Januddin, 23 dan bapa, Janudin Sukardi, 55, maut ketika dalam perjalanan menuju ke Uniten Kampus Muadzam Shah untuk Haziq pulang ke universiti tersebut.

Ketua Polis Daerah Rompin, Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Wira yang dinaiki mangsa dari arah Segamat, Johor menghala ke arah Kuantan dipercayai dalam keadaan cuba memotong kenderaan di hadapan namun gagal lalu bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan ini, pemandu dan penumpang Proton Wira berkenaa n meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sementara itu, di laman Twitter, perkongsian tweet-tweet Haziq beberapa hari sebelum terlibat dalam kemalangan itu mendapat perhatian netizens di laman media sosial tersebut.

Tahun bertambah. Makin dekat dah aku dengan kubur. — انق وق دين (@pamanajiq) December 31, 2015 Apesal rasa tak sedap hati ni. Hmm — انق وق دين (@pamanajiq) January 22, 2016 Dalam tak sukanya aku nak balik, bangun pagi dah di KL. Muadzam, mu tunggu aku pulang. — انق وق دين (@pamanajiq) January 30, 2016 Para netizens di Twitter terutamanya rakan mangsa turut menyampaikan perasaan hiba dan pilu mereka dengan apa yang terjadi. Semoga @pamanajiq dan ayahnya di tempatkan dalam golongan orang beriman . Alfatihah — kuasa dua (@ezatysyaheera) January 31, 2016 — Powered by microtech (@FnasarudinLevin) January 31, 2016 — nick (@_niknurezaila05) January 31, 2016 Semoga kedua-dua mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa dan bapanya.

Takziah dari kami buat keluarga dan yang mengenali mangsa. - Siakapkeli.my Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.(Surah an-Nisaa': ayat 78)



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *