Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pernah memberitahu bakal berkahwin sekitar bulan Mac depan, namun perancangan mereka bertukar selepas Nas-T mengesahkan beliau sebenarnya sudah bernikah dengan model dan juga selebriti Instagram, Atita Haris pada hari Jumaat minggu lepas.
Namun, buat masa ini Nas T masih belum boleh mendedahkan butiran selanjutnya dan bakal mengadakan satu sidang media khas pada hari Rabu ini bagi menjawab segala persoalan dan gosip.
Benar saya dan Atita sudah bernikah Jumaat lalu. Tetapi saya tidak boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini. Tunggu sidang media nanti.
Jelas Nas T beliau tidak pernah mahu merahsiakan perkahwinan beliau dan kalau boleh mahu semua pihak termasuk media mengetahui tentang berita tersebut pada sidang media khas tersebut.
Kalau boleh saya mahu semua orang mendapat berita ini serentak untuk berlaku adil.
Khabar angin Nas T dan Atita yang sudah berkahwin mula tersebar di media social sejak semalam. Malah, pelakon itu juga telah mengubah status hubungan di akaun Facebook kepada sudah berkahwin.
Berbicara mengenai perkenalan mereka, Nas-T bertemu dengan Atita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri tahun lalu selepas bekerja dalam satu syarikat yang sama. Majikan mereka mencadangkan mereka untuk berkenalan memandangkan kedua-duanya solo.
Dah kahwin rupanya Nas T dan Atita, ermm benda baik buat apa hendak sembunyi kalau beritahu orang ramai tarikh sebenar anda bernikah pun apa salahnya. Bukannya orang hendak mengutuk tetapi ingin mendoakan kebahagiaan anda berdua. Tidak apalah, kita tunggu sahaja penjelasan mereka berdua pada sidang media khas nanti.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment