Recent Post

Saturday, March 12, 2016

4 Perkara Yang Menarik Tentang 11street SHOCKING DEALS & Aplikasi 11street


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Hari Sabtu… jam 11 pagi. Budiey masih baring-baring atas katil. Berehat sambil membelek gajet. Malas nak bangun sebab hari Sabtu, takde event., hari cuti Masa untuk bersenang lenang dan bershopping guna iPad je sekarang ni! Yeah! Nak cari apa yang nak dibeli hari ni.

Untuk pengetahuan pembaca, Budiey sekarang dah obses membeli barang secara online atau kat e-mall ni. Kalau dulu setiap hari Sabtu, sekarang dah tak menentu. Selalu je nak usha barang-barang kat portal membeli-belah. Sekarang ni dah banyak pun portal yang kita boleh usha. Pendek kata, sebut je nama barang apa yang korang nak, semua ada. Tak payah nak susah-susah keluar rumah pergi kedai, start kereta, membazir masa dan kekadang tu kita pun boleh tersesat semata-mata nak cari barang yang kita nak.

Portal yang menjadi kegilaan Budiey sekarang ini ialah 11street Malaysia surf: www.11street.my yang dilancarkan pada April 2015. Kalau dulu 11street ni popular kat Korea je tapi sekarang dah menular berleluasa di Malaysia sehingga jadi trending di media sosial sebab ramai yang berkongsi dan bercerita tentang pengalaman shopping kat 11street.

11street menawarkan macam-macam kategori produk yang berkualiti dengan harga yang kompetitif.

11street

Korang nak apa, semua ada. Dari fesyen, barangan elektronik, barangan rumah, barangan sukan, kesihatan, kanak-kanak & bayi, barangan runcit dan perkhidmatan dan buku. Pendek kata, memang perfect la sebab semua barang ada kat 11street ni. Bukan hanya produk dalam Malaysia je ada kat dalam 11street malah, produk luar negara pun ada.

Memang cukup selesa shopping kat 11street. Lagi pun, kat 11street ni ada SHOCKING DEALS di mana ia menawarkan harga yang lebih rendah dari harga kat kedai tu.

Tidak semua kedai e-dagang ni sama ya. Budiey jamin pengalaman korang membeli barang di 11street Malaysia yang dioperasikan oleh Celcom Planet Sdn Bhd ini sangat memuaskan kerana user interface 11street sangat kemas, bersih dan teratur.

Kalau nak tahu, 11street ini telah diasaskan di Korea sejak 2008 lagi. Memang antara yang paling top dan tersohor juga di mana telah digunakan oleh 30 juta orang pengguna seluruh dunia.

11street

Budiey paling suka dengan 11street sebab ada tawaran SHOCKING DEALS di mana pelbagai barangan dijual dengan harga yang menarik di mana menjanjikan LOWEST PRICE GUARANTEED! Ini adalah satu-satunya cara 11street memberi peluang kepada kita untuk shopping tanpa sebarang tekanan.

Bukan apa, ia memang menguntungkan kita jugak sebab kita akan dapat pulangan 110% pulangan balik ke atas perbezaan harga dalam bentuk 11street kredit sekiranya menjumpai ada laman web utama lain yang menjual produk yang telah dibeli pada harga yang lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan dalam SHOCKING DEALS.

11street

Budiey berikan satu contoh. Jika kita beli Samsung Galaxy Note 5 di atas pada harga RM2,298 menerusi Shocking Deals 11street, tetapi tetiba kemudian nak dijadikan cerita korang terjumpa ada laman e-mall lain jual dengan harga RM50 lebih murah. Maka korang boleh dapat refund RM55 iaitu RM50* 110% dalam bentuk kredit 11street. Jadi, berani matilah 11street buat macam ni. That's why diberi jaminan macam ni. Memang harga serendah macam ni tiada di laman web e-mall yang lain. Kalau tak caya cubalah buat perbandingan harga ya.

Haa, mana nak cari e-mall yang berani buat tawaran macam ni kan? Korang carilah dan kasi tau Budiey di ruangan komen ya.

Sekarang ni, Budiey baru perasan, SHOCKING DEALS dah diperbaharui dan dikemaskini dengan lebih jitu, uols! Layari 11street dan untuk pengalaman terbaik, gunakan aplikasi 11street.

1. SHOCKING DEALS Pamerkan Empat Kategori Utama

Pertama sekali, tawaran SHOCKING DEALS dah diklasifikasikan kepada empat kategori utama. Jadi senanglah kita nak browse barang mengikut kegemaran kita. Ye lah, lebih cepat sebab kita akan nampak barang yang menjadi favourite kita.

2. HOT Deals – Senarai 100 Tawaran Terhebat

Keduanya, HOT DEALS sekarang tampil dengan 100 senarai selepas SHOCKING DEALS, jadi pengguna akan dapat rasa lebih feel dengan keberkesanan 'endless selections'.

3. Tawaran Harga RM11

Ketiga, produk 'Shocking 11' diteruskan dan yang penting sekali sekarang lebih banyak lagi barang yang ditawarkan dengan harga RM11 sahaja. Ini menyenangkan kepada anda yang nak cari barang dengan harga lebih bajet dan mahu mencuba membeli belah secara dalam talian dalam jumlah yang sedikit. Korang memang WAJIB tengok segmen ni okay?

Ada juga Shocking Bid di mana korang boleh bida bermula pada harga rendah dan bidaan yang paling unik akan bawa pulang produk tersebut. Best kan?

4. Muatturun Aplikasi 11street Untuk Dapatkan Ganjaran

Paling senang sekarang ni kita boleh membeli belah dengan menggunakan gajet atau alat peranti dengan menggunakan aplikasi 11street. Budiey dah pun cuba dan apa yang Budiey boleh katakan, satu pengalaman terbaik setakat ini. Mudah dan lagi cepat kalau guna aplikasi 11street.

Korang hanya perlu ke App Store atau Google Play Store dan buat carian '11street' .

11street

Kemudian, tunggu apa lagi, download je dan daftar nama. Yang penting, selepas download tu kita akan mendapat rewards.

11street

Cara nak gunakan aplikasi ini juga senang dan diberi tutorial bagi kepada anda yang pertama kali guna.

11street

Selain itu ada kupon aplikasi yang eksklusif atau produk yang akan ditayangkan di paparan muka depan utama (homepage) jadi kita dapat grab cepat-cepat apa yang kita mahukan.

Jika anda belum daftar, dinasihatkan anda daftar satu akaun 11street dahulu. Kenapa? Tawaran dan promosi akan dihantar ke alamat email anda. Inilah rahsia bagaimana harga barang jadi lebih murah di 11street Malaysia. Penggunaan dua kod kupon serentak untuk satu transaksi pembelian.

Lepas download, boleh login atau register.

Selepas selesai daftar nama tu, tunggu apa lagi, cubalah shopping atau guna je kupon yang diberikan semasa login tu. Nak cari barang yang anda nak tu senang je, hanya taip di ruangan carian yang disediakan. Nanti 11street akan tapis atau filter barangan yang kita mahukan itu.

Selepas itu senarai produk 11street akan disusun semula mengikut filter yang kita telah pilih. Sila lihat contoh senarai di bawah. Sebelum beli barang sudah pasti kita mesti buat sedikit bacaan mengenai produk. Orang kata kaji selidik. Jangan main hentam sahaja nak beli. Itu yang senang kena tipu atau tertipu kerana kurang ilmu. Salah sendiri, bukan salah sesiapa pun.

Pendek kata, memang senang nak shopping di 11street ni. Sebab itulah Budiey suka shopping. Boleh dapatkan barang yang kita nak di hujung jari je.

Terima kasih kerana membaca tips, pengalaman dan panduan beli barang di 11street ini. Jika korang suka boleh kongsikan dengan keluarga, rakan atau kenalan dengan menggunakan butang media sosial di bawah ya.

Punyalah panjang berjela Budiey bercerita pasal 11street ni. Citer banyak tak guna kalau korang tak layari sendiri sekarang www.11street.my dan try kan sendiri apa yang seronok sangat shopping di sini.

Download Aplikasi 11street:

Google Playstore: http://bit.ly/1p3EQlwIOS Appstore: http://apple.co/1mX7B1t

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *