Recent Post

Saturday, March 12, 2016

Serpihan kedua MH370 ditemui di Mozambique - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Serpihan kedua MH370 ditemui di Mozambique

12/03/2016 10:00am

Serpihan yang didakwa ditemui seorang remaja Afrika Selatan yang mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370

KUALA LUMPUR - Seorang remaja Afrika Selatan menjumpai satu serpihan yang mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines MH370, yang hilang dua tahun lepas, lapor Reuters.

Menurut agensi berita itu, Liam Lotter, 18, memberitahu radio East Coast Afrika Selatan bahawa dia menjumpai serpihan berkenaan di pantai Mozambique ketika bercuti Disember lepas dan keluarganya membawa serpihan itu pulang ke rumah mereka di Afrika Selatan.

Reuters melaporkan bahawa remaja itu berkata, selepas satu serpihan yang disyaki berasal daripada MH370 dijumpai di Mozambique minggu lepas, keluarganya mengaitkan serpihan itu dengan serpihan yang dijumpainya.

Agensi berita itu melaporkan bahawa kepingan logam berwarna putih sepanjang satu meter itu sedang dikaji oleh para pegawai di Australia dengan bantuan pihak berkuasa Malaysia serta wakil pengeluar pesawat berkenaan, Boeing Co.

Pihak berkuasa Afrika Selatan merancang menyerahkan serpihan yang dijumpai Lotter itu kepada pasukan Australia yang sama. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *