Recent Post

Saturday, March 12, 2016

Adi Putra Tawar Mira Filzah Jadi Duta Agensi Umrah Miliknya


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kejelitaan dan populariti Mira Filzah membuatkan beliau kini menjadi perhatian ramai, selepas terkenal menerusi drama Cinta Si Wedding Planner,  Mira ditawarkan untuk menjadi model serta jurucakap kepada beberapa buah produk.

Terbaru, pelakon popular Adi Putra pula menawarkan Mira untuk menjadi duta bagi agensi umrahnya yang dikenali sebagai Hadid Travel and Tours. Khabarnya Mira bakal mengikuti program umrah bersama selebriti dan bakal terbang ke tanah suci Mekah pada awal bulan Ramadan nanti.

Rupa-rupanya Mira sudah lama merencana untuk menunaikan umrah bersama keluarganya, tidak sangka beliau akan ditawarkan peluang tersebut.

Sebenarnya, sejak awal lagi saya dan keluarga telah merancang untuk mengerjakan umrah pada Ramadan nanti. Secara kebetulan, tarikh 1 Ramadan jatuh pada hari lahir ibu saya, jadi kami merancang untuk menyambutnya di sana.

Perancangan itu dibuat sejak Disember lalu ketika saya sedang menjalani penggambaran drama CSWP. Semasa sibuk mencari agensi yang sesuai, Adi Putra pula menawarkan pakej mengerjakan umrah bersama agensinya.

Apabila difikirkan ini merupakan peluang terbaik buat saya, maka saya menerima tawaran tersebut. Insya-Allah saya akan ke sana bersama ibu, ayah serta adik.

Ini lah yang dikatakan rezeki dan harap Mira Filzah akan menggunakan peluang yang beliau ada sekarang ini untuk menjadi seorang artis yang lebih baik. Iyalah, boleh kata beliau ini dah lebih  popular daripada Zahirah MacWilson, Ayda Jebat, Janna Nick dan beberapa pelakon lain. Peminat beliau pun semakin bertambah.

Sumber Berita : Kosmo!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *