Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pelakon yang pernah popular dalam drama rantaian Cinta Ibadah terbitan Astro pada tahun lepas, Aishah Ilias kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon berbadan 'sado' yang dikenali sebagai Nazrief Nazri.
Isu ini timbul apabila dikatakan tersebar satu gambar di mana dilihat kelibat Nazrief yang sedang mendukung seorang bayi di samping Aisyah yang sedang menolak troli bayi tersebut.
Apabila dihubungi oleh pihak Utusan Online, Aishah mengakui bahawa bayi tersebut adalah anak kepada kakaknya dan lelaki di sebelahnya itu adalah Nazrief.
"Memang saya yang menolong kakak saya menjaga anaknya yang berusia empat bulan memandangkan kakak saya seorang ibu tunggal dan bekerja mengikut waktu pejabat. Jadi, saya bantu untuk mengasuh anaknya."
"Ikutkan saya juga terpaksa menolak tawaran sebelum ini sebab mahu beri tumpuan kepada bayi ini. Mungkin sebab itu ada yang kata lama tidak nampak saya berlakon."
Apabila diusulkan soalan mengenai kaitannya dengan pelakon lelaki itu, Aishah menjelaskan bahawa mereka hanya sekadar berkawan dan Nazrief turut sama membantunya menjada anak buahnya itu.
"Kami memang rapat, malah bukan senang mahu bertemu seorang lelaki yang mahu keluar dengan bayi. Faham sahajalah bukan mudah sebenarnya kalau mahu uruskan bayi dan membeli-belah pada masa yang sama."
"Soal hubungan antara kami berdua, saya hanya boleh kata yang kami sedang berkawan dan mengenali hati budi."
Apapun, tidak salah rasanya kalau betul mereka bercinta. Lagipun mereka sangat secocok, bagai pinang dibelah dua.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
No comments:
Post a Comment