Recent Post

Tuesday, March 01, 2016

Kami Ini Selekeh Saja, Tak Sangka Menang Anugerah Couple MeleTOP – Johan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Johan baru-baru ini telah merangkul lima anugerah di Anugerah MeleTOP yang telah berlangsung Ahad lalu. Anugerah tersebut ialah Top Top Meletop, Radio MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP dan Couple MeleTOP. Bagi Abang Nara, Johan memang layak memenangi kesemua anugerah tersebut. Tiada sebarang pertikaian yang perlu diwujudkan. Agak menarik apabila Johan sendiri terkejut apabila namanya dan isteri, Ozlyn diumumkan sebagai pemenang untuk kategori Couple MeleTOP.

couple meletop

Nama-nama lain yang tercalon untuk kategori ini ialah Hanis Zalikha & Hairul Azreen, Nabil Ahmad & Zira, Lisa Surihani & Yury serta Yana Samsudin & Fadzil Zahari. Memang hebat-hebat kesemuanya. Namun ternyata rezeki milik Johan dan Ozlyn. Kata Johan:-

Perkara palaing terkejut pada malam tersebut ialah apabila nama saya dan Ozlyn (isteri) dinobatkan sebagai pemenang Couple MeletOP. Tak pernah terlintas langsung untuk menang anugerah itu memandangkan selebriti yang tercalon semuanya hebat-hebat. berbanding dengan kami. Kalau nak dibandingkan, kami ini selekeh saja tapi tak sangka boleh menang Couple MeleTOP. Terima kasih kepada peminat yang mengundi

couple meletop

Secara jujur, pada pandangan Abang Nara, para peminat mengundi Johan dan Ozlyn kerana suka dan gembira melihat keletah bersahaja pasangan ini yang tak ada cover-cover. Memang apa yang dilihat di laman sosial adalah diri mereka berdua yang sebenar. Kesempoian ini mendekatkan diri Johan dan Ozlyn dengan para peminat. Malah Ozlyn sendiri dilihat mesra dan sering berbalas-balas komen dengan para pengikutnya. Kerana itulah kemenangan menjadi milik mereka. Tahniah Johan dan Ozlyn. Semoga terus sempoi dan terus gila-gila seperti sekarang ini. Sumber Astro Gempak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *