Recent Post

Tuesday, March 01, 2016

Najib tiba di Jeddah untuk lawatan kerja ke Arab Saudi - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Najib tiba di Jeddah untuk lawatan kerja ke Arab Saudi

01/03/2016 11:41am

Najib akan memulakan lawatan dengan menunaikan umrah di Makkah.

JEDDAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di Jeddah untuk memulakan lawatan kerja ke Arab Saudi dan dijangka turut menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut sebaik tiba di sini oleh Duta Malaysia, Zainol Rahim Zainuddin dan para pegawai tinggi Arab Saudi.

Pesawat khas yang membawa Najib dan rombongan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz kira-kira pukul 11.50 malam (waktu tempatan) pada Isnin.

Beliau akan memulakan acara lawatan dengan menunaikan umrah di Makkah pada Selasa.

Malam ini, Perdana Menteri dijadual berkongsi pandangan mengenai sektor swasta dan awam yang bakal disampaikan melalui ucaptama beliau pada Forum Ekonomi Jeddah 2016. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *