Recent Post

Tuesday, March 22, 2016

Sheila Rusly Akui Peminat Gemar Melihatnya Dalam Program Masakan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Biarpun sudah established dan sudah mencipta nama sebagai seorang pelakon, namun Hajjah Sheila Rusly mengakui rata-rata peminatnya  lebih gemar melihatnya kemunculannya di dalam program masakan.

"Saya pun tidak tahulah kenapa. Dalam Anugerah Drama Festival yang saya hadiri baru-baru ini pun begitu juga.

"Nampak sahaja kelibat saya di karpet merah, mereka terus memekik nama saya sambil menyebut Ketuk-Ketuk Ramadhan.

"Agaknya diaorang (peminat) memang suka tengok saya ni memasak atau mengacarakan program memasak agaknya.

"Jadi saya pun fikir, mungkin saya perlu muncul dalam sebuah program masakan saya sendiri dan sebetulnya idea itu sudah ada tetapi saya sedang memikirkan beberapa konsep menarik yang sesuai untuk ditampilkan di dalam program itu nanti," katanya kepada Suudu.

Jelas Sheila Rusly lagi, dia juga terkejut apabila  melihat fanpage Resepi Sheila Rusly  di laman sosial media facebook mendapat respon yang cukup menggalakkan daripada peminat-peminatnya.

"Saya buka fanpage itu sekadar suka-suka untuk berkongsi resepi memasak atau video masakan.  Tapi, tak sangka pula ramai yang suka hingga ia mencecah 1, 925,3000 likes.

"Ada antara video masakan itu yang saya kongsi menerusi page lain dan ada juga yang saya hasilkan sendiri," katanya lagi.

Dia yang  baru sahaja mengetahui mengenai kewujudan Suudu mengakui sangat teruja untuk menerokai aplikasi mengenai dunia masakan itu bersama sosial medianya.

"Lepas ni, bolehlah saya kongsi content Suudu di fanpage saya ini. Tak salah kongsi-mengongsi nih….," katanya sambil mengakhiri perbualan. 

Artikel ini disiarkan pada 22 Mac 2016 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *