Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Taiwan adalah lokasi percutian yang sangat jarang bagi orang Islam untuk mengunjunginya. Budiey pernah sampai di Taiwan pada empat tahun yang lalu dan mendapati tak ramai orang Islam mengunjunginya. Mungkin sebab mereka tak tahu lokasi kat mana nak makan dan sebagainya. Terus terang Budiey cakap, Taiwan memang menarik jugak la. Rasa nak pergi sekali lagi untuk merakam travelogue kat sana.
Pejabat Biro Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur (TTBKL) sekali lagi akan menganjurkan Pameran Pelancongan Taiwan, yang merupakan salah satu daripada pameran pelancongan paling dinantikan di negara ini. Edisi kedua pameran pelancongan ini akan diadakan di aras LG2 Orange Concourse, Pusat Beli-Belah Sunway Pyramid pada 13 Mei 2016 hingga 15 Mei 2016, menawarkan pakej percutian terbaik ke Taiwan kepada mereka yang gemar melancong.
Pengarah TTBKL David Tsao berkata:
"Kami teruja untuk menganjurkan Pameran Pelancongan Taiwan di Malaysia buat kali kedua memandangkan acara pertama tahun lepas mendapat sambutan yang memberangsangkan dan menarik sejumlah 431,481 rakyat Malaysia melawat Ilha Formosa. Oleh itu, kami yakin pameran tahun ini akan mencatat satu lagi kejayaan besar."
"Malaysia dan Taiwan mempunyai banyak persamaan. Kedua-dua negara mementingkan ikatan kekeluargaan dan pelancongan adalah salah satu cara terbaik untuk mengukuhkan hubungan keluarga. Kami percaya bahawa keluarga yang melancong bersama akan sentiasa bersama."
PAKEJ PERCUTIAN KHAS BUAT MUSLIMIN DI TAIWAN TRAVEL FAIR 2016 TTBKL telah menjalin kerjasama dengan agensi-agensi pelancongan Malaysia dan Taiwan yang terkenal untuk menawarkan pelbagai pakej percutian dan lawatan yang sesuai untuk semua rakyat Malaysia, termasuk juga pakej pelancongan khusus untuk pelawat yang beragama Islam.Hadiah Istimewa akan juga diberi kepada 500 ahli Sunway Pals pertama yang menunjukkan kad keahlian mereka setiap hari.
Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.facebook.com/tbrockl.
Mengenai TaiwanIlha Formasa! Taiwan –Pulau Nan Indah. Taiwan mempunyai landskap semula jadi bertaraf dunia seperti Taroko Gorge yang menakjubkan; ia adalah wadah budaya Cina sejati; dengan Muzium Istana Negara yang disenaraikan sebagai salah satu daripada lima muzium terbaik di dunia; pendakian menyeronokan ke puncak Taipei 101; dan gunung paling tinggi di Timur Laut Asia, Yushan atau Gunung Jed. Kami juga mempunyai penduduk yang paling ramah dan mudah mesra di dunia, kedai buku dan kedai serbaneka 24 jam, pasar malam yang sibuk – yang akan menjadi kenangan manis pelawat. Perkhidmatan pengangkutan yang menyenangkan dan persekitaran pelancongan yang menarik pasti akan membuat anda seronok melancong ke negara ini, berulang kali.
Untuk butiran lanjut, sila ke: http://taiwan.net.tw
Komen via FacebookKomen
— 156 Bacaan
No comments:
Post a Comment