Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan pengilang, pengimport, pembekal dan penjual supaya hanya memasarkan alat pengecas tulen yang mempunyai label SIRIM-ST atau yang dibekalkan bersama telefon bimbit dengan label Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
ST dalam kenyataan medianya semalam turut mengingatkan pengguna bahawa pengecas yang tidak tulen tidak terjamin keselamatannya.
Pengguna juga disarankan untuk merujuk kepada prosedur keselamatan yang dinyatakan dalam manual pengguna dalam pakej telefon bimbit pengeluar asal dan tidak menggunakan telefon bimbit semasa sedang dicaj.
Ahad lalu, seorang suri rumah maut di kediamannnya di Cheras ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicaj dengan alat pengecas tidak tulen, ekoran renjatan yang terhasil dari kebocoran elektrik pengecas tersebut.
- Bernama
No comments:
Post a Comment