Recent Post

Wednesday, April 06, 2016

KJ Pertahan Anak Najib, Nazif yang Tersenarai dalam Panama Papers


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar KJ Pertahan Anak Najib, Nazif yang Tersenarai dalam Panama Papers   KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tampil mempertahankan anak lelaki Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib yang dikaitkan dengan syarikat pesisir pantai seperti yang didedahkan menerusi dokumen 'Panama Papers'.

Ujarnya, Nazifuddin tidak semestinya melakukan sebarang kesalahan walaupun namanya tersenarai dalam satu kebocoran maklumat besar-besaran dari firma undang-undang berpusat di Panama itu.

Tambahnya lagi, maklumat yang bocor itu membabitkan terlalu ramai individu termasuk pemain bola sepak terkemuka dunia, Lionel Messi.

"Terlalu banyak maklumat yang bocor di sana sehingga kita tidak tahu keseluruhan isi kandungan maklumat itu."Bahkan, nama Lionel Messi juga ada. Jadi, janganlah secara automatik kaitkan sesiapa melakukan kesalahan jenayah," katanya memetik sumber freemalaysiatoday.

Terdahulu melalui pendedahan dokumen itu, Mohd Nazifuddin dikatakan menjadi pengarah dalam dua syarikat di British Virgin Islands (BVI), iaitu J ay Marriot International and PCJ International Venture Limited.

Tegasnya lagi, kebanyakkan ahli perniagaan telah menubuhkan 'offshore' di luar pesisir pantai sebelum melibatkan diri dalam politik.

"Kebanyakkan mereka menubuhkan 'offshore' untuk banyak tujuan, dan salah satu untuk tujuan perniagaan. Sesetengah ahli perniagaan ini sudah melibatkan diri dalam perniagaan sebelum menyertai politik," katanya.

Jelas Khairy lagi,beliau tidak mengetahui jenis tindakan yang akan diambil kerajaan Persekutuan terhadap kebocoran maklumat berkenaan.

Terdahulu, pada Ahad kumpulan media mula mendedahkan keputusan siasatan selama setahun mengenai 11.5 juta dokumen daripada firma guaman Panama, Mossack Fonseca, yang pakar dalam mewujudkan syarikat luar pesisir.

Beberapa negara juga mula menjalankan siasatan mengelakkan cukai selepas kebocoran maklumat sulit mengenai urusan kewangan luar pesisir membabitkan ahli politik dan selebriti. -FMT




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *