Recent Post

Wednesday, April 06, 2016

Warga KKBP akui akhbar digital Utusan beri manfaat - Utusan Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KOTA TINGGI 5 April – Warga Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) dekat sini mengakui akhbar digital Utusan Malaysia mampu membantu mereka mengikuti dan memahami perkembangan semasa di dalam dan luar negara secara dalam talian.

Pengarahnya, Nazri Idris berkata, akhbar digital tersebut seiring dengan kemajuan teknologi semasa kerana semua maklumat boleh diperoleh di hujung jari.

Beliau berkata, selain menjimatkan masa dan kos, pelanggan juga mendapat berita terkini de­ngan pantas kerana akhbar digital itu boleh diakses dengan mudah di mana-mana sahaja.

"Kemudahan ini secara langsung menjadi nilai tambah bagi golongan pensyarah yang mahu menyampaikan maklumat kepada para penuntut semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung," katanya kepada Utusan Malaysia semasa menghadiri Program Warga KKBP Bersama Akhbar Digital Utusan Malaysia di Makmal Multimedia KKBP, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penolong Pe­ngurus Pemasaran Wilayah Selatan Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Asri Jantan.

Pada program tersebut, seba­nyak 75 akaun pelanggan akhbar digital Utusan Malaysia diberikan bagi kegunaan golongan pensyarah dan penuntut KKBP.

Sementara itu, Mohd. Asri berkata, setiap akaun akhbar tersebut boleh diakses menggunakan tiga peranti pintar pada satu-satu masa bermula seawal pukul 5 pagi setiap hari.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Shahrul Azhar Yacob menerusi talian 013-7839538.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *