Recent Post

Wednesday, April 06, 2016

Polis geledah rumah dan pejabat MP Rafizi


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Polis malam tadi menggeledah pejabat dan rumah MP Pandan Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Polis turut membawa Rafizi. Mereka mula-mulanya ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, di mana Rafizi ditemui oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Polis menghabiskan masa hampir setengah jam di ibupejabat PKR itu sebelum beredar bersama dokumen-dokumen dan sebuah komputer.

Mereka kemudian ke pejabat Rafizi di Pandan, sebelum mengeledah apartmennya di Bukit Antarabangsa.

Di rumah itu, polis merampas sebuah komputer riba dan sebuah telefon.

Rafizi memberitahu pemberita bahawa isteri dan anak lelaki yang berusia dua setengah tahun tidak berada di rumah.

Pengarah Strategi Pemuda PKR Akmal Nasir kemudian menulis ditweet bahawa Rafizi akan ditahan semalaman di Pusat Tahanan Jinjang.

Rafizi ditahan di bawah Seksyen 8 Akta OSA semalam selepas mendedahkan dokumen rahsia mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau telah ditangkap ketika hendak meninggalkan Parlimen untuk mengambil anaknya dari pengasuh.

Beberapa jam kemudian, ahli Parlimen pembangkang dan penyokong berkumpul di luar Bukit Aman untuk membantah penangkapan Rafizi.

"Mengapa pemimpin kami yang bercakap tentang politik, mendedahkan rasuah, mengapa mereka ditangkap?" tanya Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Pokok Sena MP Mahfuz Omar pula mendakwa bahawa tindakan menahan Rafizi ketika di Parlimen masih dalam sesi adalah satu penghinaan kepada Yang di-Petuan Agong.

Katanya, jika pihak polis tidak melepaskan Rafizi untuk menghadiri dua hari terakhir sidang Parlimen, maka Mahfuz mendakwa ia adalah satu penghinaan kepada Yang di-Petuan Agong.

Seri Paduka telah dirasmikan sesi pertama sidang Parlimen bagi tahun 2016.

[Baca berita penuh]




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *