Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden(VP) Egypt Air, Ahmed Adel, menerusi satu temubual ekslusif oleh wartawan CNN, Christiane Amanpour sebentar tadi.
"Kami telah menemui bangkai pesawat Egypt Air", kata Ahmed dipetik CNN.
Perkara itu juga disahkan oleh EgyptAir menerusi satu kenyataan di Facebook.
Menurut kenyataan tersebut, bangkai itu ditemui berdekatan dengan pulau Karpathos, Greek dan kini pasukan pencari Greek sedang mencari bahagian-bahagian pesawat yang masih hilang.
Pesawat yang membawa 56 penumpang, 3 pegawai keselamatan, dan 7 anak kapal itu dilaporkan sedang berada di ketinggian 37,000 kaki dan baharu sahaja memasuki ruang udara Kaherah ketika hilang dari radar. [Kemaskini] 20 Mei, 10.14 pagi Adel menarik balik kenyataannya mengenai bangkai pesawat itu ditemui."Kami ingin membetulkan tentang penemuan bangkai pesawat iut, kerana kami mendapati ia bukan dari bahagian pesawat kami. Jadi operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan", kata Adel kepada CNN.
— Christiane Amanpour (@camanpour) May 19, 2016 - Siakapkeli.my — Christiane Amanpour (@camanpour) May 19, 2016 — CNN Newsroom (@CNNnewsroom) May 19, 2016
No comments:
Post a Comment