Recent Post

Monday, June 13, 2016

90 rakyat Malaysia antara 224 ditahan di Danok - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

90 rakyat Malaysia antara 224 ditahan di Danok

11/06/2016 6:56pm

DANOK - Seramai 90 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand dalam serbuan bersepadu terhadap sebuah pusat perjudian haram di bandar sempadan ini tengah malam tadi.

Menurut Ketua Tentera Khas Infantri ke-5, Nipon Chantana, 134 rakyat Thailand turut ditahan dalam operasi itu yang membawa keseluruhan bilangan yang ditangkap dalam operasi itu kepada 224 orang.

"50 anggota penguat kuasa pelbagai agensi menyerbu pusat perjudian haram itu di Lorong Thai-Changloon 7, mukim Samnakkham di Danok hasil maklumat daripada pasukan perisikan," katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam serbuan itu katanya, pihak berkuasa turut merampas 35 alat perjudian serta pelbagai matawang asing dan tempatan bernilai 2.3 juta Baht (RM1=8.38 Baht).

Menurut Nipon, mengikut maklumat perisikan pusat perjudian terbabit baru sahaja beroperasi. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *