Recent Post

Monday, June 13, 2016

(Video) Insiden Tembakan di Kelab Gay Orlando : 50 Maut, 53 Cedera, Insiden Penembakan Beramai-Ramai Paling Buruk Dalam Sejarah US


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Florida, 12 Jun : 50 mati ditembak manakala 53 cedera dalam satu serangan di sebuah kelab gay di Orlando.

Metro.co.uk melaporkan, kesemua mangsa dibunuh oleh suspek yang dikenali sebagai Omar Mateen di kelab malam Pulse.

Laporan itu juga menyebut, suspek melepaskan tembakan ke arah seorang polis di luar kelab itu sebelum masuk ke dalam dan menembak sejumlah orang di dalam kelab itu.

Kejadian itu disifatkan insiden tembakan beramai-ramai yang paling buruk dalam sejarah US.

Maten, dari Port St Lucie, Florida ditembak mati oleh polis dalam kejadian itu.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat sama ada insiden itu berkaitan dengan aktiviti keganasan.

Sementara itu, Datuk Bandar Orlando, Buddy Dyer berkata, 'darah boleh dilihat di merata tempat sejam selepas kejadian berlaku'.

Katanya juga, penyerang menggunakan raifal untuk membunuh kesemua mangsa.

Bapa kepada Maten ketika dihubungi berkata Maten sudah berkahwin dan mempunyai anak yang berusia 3 tahun. Selain itu, beliau juga percaya kejadian penembakan itu berpunca apabila Maten ternampak dua orang lelaki bercium beberapa bulan lepas dan menjadi marah dengan apa yang disaksikannya. - S iakapkeli.my

— Daily Mail US (@DailyMail) June 12, 2016 — AM Joy w/Joy Reid (@amjoyshow) June 12, 2016



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *