Recent Post

Monday, June 13, 2016

Menteri: Dakwaan kerajaan kurangkan elaun pelajar IKM fitnah


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menempelak Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang sengaja memfitnah Majlis Amanah Rakyat (MARA) apabila mendakwa elaun pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) dikurangkan daripada RM250 kepada RM125.

Tegasnya MARA tiada melakukan sebarang pengurangan bayaran elaun bulanan kepada pelajar di institut pengajiannya di seluruh negara dan semua elaun pelajar dikekalkan pada kadar sedia ada.

"Dakwaan itu fitnah semata-mata, MARA tidak mengurangkan jumlah elaun yang diberi kepada pelajar kami, malah untuk tahun ini MARA mengeluarkan kira-kira RM700 juta untuk tajaan pelajar cemerlang bagi melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara.

"Dia (Rafizi) memang suka menabur fitnah," katanya yang mengulas dakwaan itu dalam sidang akhbar selepas membuat tinjauan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, semalam.

Mengenai MRSM berkenaan, Ismail Sabri berkata ia akan dapat beroperasi sepenuhnya pada 16 Julai ini.

"MRSM yang dibina dengan kos RM48.2 juta ini hanya menunggu kelulusan daripada Indah Water Konsortium (IWK) bagi sistem pembentungannya.

"Difahamkan IWK akan datang ke sini pada minggu hadapan, sekiranya tiada masalah kelulusan beroperasi akan dapat diperoleh," katanya.

Tambahnya jika semua berjalan lancar, seramai 180 pelajar sekolah itu yang kini menumpang di MRSM Kuala Kangsar akan dibawa ke Sungai Besar untuk menyambung pelajaran mulai tahun hadapan.

MRSM berkenaan sepatutnya mula beroperasi Jun tahun lepas, namun masih belum dapat digunakan kerana menghadapi masalah bagi mendapatkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).

MRSM Sungai Besar merupakan MRSM keempat di negara ini yang akan melaksanakan konsep 'Ulul Albab' bagi melahirkan ulama profesional yang menguasai bidang sains, agama dan teknologi.

Tiga MRSM lain ialah MRSM Besut, Terengganu; MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan dan MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *