Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Semoga bahtera yang bakal dilabuhkan, belayar seindah takdir cinta anda berdua. Tahniah Amar Bahrin dan Amyra Rosli.
Spekulasi status hubungan pasangan pelakon popular, Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, berakhir apabila mereka mengumumkan bakal mengikat tali pertunangan pada 22 Julai ini.
Kedua-duanya turut memaklumkan bakal disatukan sebagai pasangan suami-isteri pada 11 November depan. Majlis pertunangan Amar dan Amyra bagaimanapun bakal diadakan secara tertutup dengan hanya membabitkan anggota keluarga terdekat.
Malah, lokasi majlis perkahwinan juga belum dapat diumumkan kerana masih tiada kata putus berhubung perkara itu.
"Hasil restu keluarga masing masing, kami mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun ini. Majlis persandingan di sebelah Amyra akan diadakan sehari selepas acara pernikahan. Seterusnya pada 19 November, majlis bertandang sebelah saya pula dilangsungkan," kata Amar sambil memberitahu majlis merisik diadakan pada Aidiladha tahun lalu.
Mereka membuat pengumuman berkenaan pada majlis ramah mesra yang diadakan di Sunway Montana, di sini sebentar tadi. Sebelum ini, pasangan kekasih itu beberapa kali digosipkan bertunang dan dikatakan merancang untuk mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, cerita berkenaan dinafikan kedua-duanya.
Amar begitupun tidak menafikan, Amyra antara pelakon wanita paling rapat dengannya memandangkan mereka berada di bawah pengurusan sama. Kekerapan kedua-duanya berlakon bersama selain gambar menunjukkan kemesraan yang dimuatnaik di laman sosial menguatkan lagi dakwaan Amar dan Amyra bercinta.
Namun begitu, sebelum ini mereka memilih untuk tidak mengesahkan hubungan terbabit. Sebelum ini, kedua-duanya pernah digandingkan menerusi beberapa drama seperti Cik Bunga dan Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja dan juga teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Sumber: Berita Harian
Related
Komen via FacebookKomen
— 164 Bacaan
No comments:
Post a Comment